Advertlets

PINK

snow

Khamis, 27 Disember 2012

Anak Nora dan Johan



KELAHIRAN Putri Nur Fatehah pada 16 November lalu nyata melengkapkan kebahagiaan rumah tangga Nora dan Johan Nawawi, 46, yang kini menjangkau usia 20 tahun. Apatah lagi, kelahiran bayi perempuan seberat 3.06 kilogram itu diakui sebagai bayi yang ‘ditunggu-tunggu’.
Menganggap kehadiran anak sebagai anugerah berharga Yang Maha Esa, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin nyata berasa amat bersyukur. Ditambah lagi, pada usianya yang menjangkau 39 tahun, dia bukan saja sihat, tetapi masih diberikan peluang untuk hamil dan seterusnya melahirkan anak. 
Tak menafikan kehidupannya sebagai isteri dan ibu sudah lengkap dengan kehadiran empat cahaya mata, Nora baru-baru ini mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak bongsunya itu.

Bertempat di kediamannya di Petaling Jaya, majlis serba meriah itu berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran. Bahkan, tampil sekeluarga menggayakan busana sedondon rona kelabu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu tak lekang senyuman melayani tetamu.

Berkongsi pengalamannya yang masih diberi peluang menimang cahaya mata lagi pada usia agak lewat, Nora berkata apa yang diperolehnya adalah rezeki dan anugerah Tuhan. Apatah lagi, kehadiran Putri Nur Fatehah sememangnya amat dinantikan mereka sekeluarga yang begitu menginginkan kehadiran seorang bayi.

“Tiga orang anak saya iaitu Mohd Syakir Iman (Mosyi), 19, Mohd Syakir Alif (Alif), 13, dan Putri Nur Dahlia (Putri), 8 sudah besar. Jadi, pastinya kesemua mereka merindui tangisan seorang bayi dalam keluarga kami. Justeru, di atas doa yang dipanjatkan kami sekeluarga, kehadiran anak kecil ini amat bermakna.

“Kini, kehidupan keluarga saya sudah lengkap. Kami memperoleh anugerah cukup berharga yang diamanahkan Tuhan buat mengukuhkan lagi kebahagiaan, kegembiraan dan kasih sayang dibina selama ini. Jadi, saya syukur dan berharap semoga dapat memberikan didikan sebaik mungkin kepada anak kecil ini.

“Pun begitu, bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam dunia serba moden ini. Dugaannya terlalu besar dan saya amat mengharapkan supaya ia dipermudahkan Tuhan setiap masa. Apapun, kehadiran Putri Nur Fatehah ini cukup bermakna kerana dia membuatkan saya tenang.

“Sejak hamil hingga bersalin, semuanya mudah, termasuklah juga dengan urusan
penjagaan hariannya sekarang. Apapun, memandangkan sudah lama keluarga kami tiada bayi kecil, maka segala bara�ngan keperluan harus dibeli semula,” katanya.

Selesa dengan saranan doktor supaya terus memberikan susu ibu kepada bayinya, Nora berkata, dia juga sangat gembira apabila mereka sekeluarga sepakat dan saling membantu menjaga Fatehah.

Ujarnya, keterujaan suami dan anaknya menantikan kelahiran bayi kecil itu, mereka sekeluarga bersatu dan turut serta dalam semua bahagian.

“Sama ada daripada memilih pakaian bayi sehinggalah memastikan segala keperluan mencukupi, abang dan kakaknya bersatu dan saling membantu membeli yang sesuai. Termasuk juga dengan pemilihan nama untuk bayi ini pun kami berbincang sekeluarga.

“Sehubungan itu, memandangkan saya masih lagi dalam pantang dan bayi pun baru berusia sebulan, maka segala perancangan untuk aktif karier semula akan difikirkan tahun depan. Apapun, biarlah habis pantang dulu.

“Bagaimanapun, sebenar�nya pada 2013 nanti saya merancang lebih giat melakukan promosi untuk album Hikmah yang dilancarkan tahun ini. Ia berikutan, segala urusan promosi agak terhad kerana saya sarat mengandung ketika pelancaran itu.

“Jadi, selepas ini urusan promosi album adalah fokus saya selain keutamaan pada keluarga serta menguruskan bayi kecil ini. Apatah lagi, saya sebenarnya lebih selesa dapat menguruskan anak sendiri sehingga usia mencecah dua tahun.

“Ditambah lagi dengan bantuan suami dan anak, saya rasa amat seronok dan selesa menguruskan Fatehah. Tiada sedikit pun bebanan dirasai kerana kami sekeluarga saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Nora, dia takkan menyerahkan segala urusan bayinya kepada pembantu rumah saja kerana cukup berhati-hati. Ujarnya, ketika anak masih bayi dan kecil ini sememangnya perhatian dan komitmen penuh harus diberikan mereka sekeluarga.

Oleh itu, katanya pembantu rumah mungkin membantu sedikit saja dan selebihnya biarlah dia menguruskan sendiri. Ditambah lagi, sebagai ibu bapa dia sentiasa berhati-hati dan beringat.

Apapun, sehari selepas kelahiran bayi comel itu dalam keluarganya, Nora
turut meraih kejayaan dalam karier nyanyiannya apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 yang berlangsung pada 17 November lalu. Ia nyata dua anugerah berharga buat Nora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA