Advertlets

PINK

snow

Khamis, 27 Disember 2012

Jenama Salma Hayek makin kukuh



KEJELITAAN dan kemampuan bakat sudah lama bergaul dalam diri Salma Hayek. Aktres berdarah campuran ‘Hispanic’ dan Lubnan (di sebelah datuknya) ini semakin berjaya meletakkan dirinya ke tahap bintang serba boleh di Hollywood apabila muncul dalam pelbagai genre seperti drama berat, aksi, seram, fantasi, komedi dan animasi yang mendapat sambutan ‘box-office’.
Antara lakonan Hayek atau nama sebenarnya, Salma Hayek Jim�nez yang meninggalkan kesan di hati peminat filem adalah Frida, Desperado, Fools Rush In, From Dusk Till Dawn, Wild Wild West, Puss in Boots, Once Upon a Time in Mexico, Cirque du Freak dan Grown Ups.
   
  • FotoLUCU...antara babak menarik dalam Here Comes the Boom.
  • Foto
  • Foto
  • Foto
Tidak hairanlah untuk memeriahkan lagi kedatangan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013, jenama Salma Hayek diperlukan pengarah Frank Coraci untuk filem Here Comes the Boom. Menerusi filem itu, Hayek digandingkan dengan aktor popular Kevin James.

Dalam sidang media bersama bintang Here Comes the Boom di Mexico, tidak lama dulu, Hayek, 46, yang kelihatan masih anggun dan seksi berkata, dia sangat berbangga apabila dapat membintangi filem itu.

Dalam filem itu, Hayek memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Bella Flores.

“Saya sukakan filem ini kerana ia mengenai semangat perjuangan seorang guru yang mahu membantu pelajarnya. Walaupun dalam bergelak jenaka, kita mampu melihat seorang guru yang gigih berjuang dan sanggup menanggung risiko.

“Bella pula ada orang yang banyak memberikan sokongan dan kritik kepada Scott. Saya rasa dalam berjenaka pun, saya harus memilih skrip yang baik. Memang saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran filem ini.

“Lagipun saya dengan Kevin pun bukan baru kenal kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Memang dalam filem ini ada banyak aksi pertarungan di gelanggang. Saya tak anggap ia filem yang ganas kerana dipersembahkan dalam bentuk lucu. Ia bukan filem mengenai pembunuhan sebaliknya pertarungan.

“Pada awalnya, Bella tidak berminat langsung dengan Scott kerana menganggapnya seorang lelaki yang malas namun lama kelamaan Bella mula melihat banyak perubahan dalam diri Scott,” kata Hayek.

Produser Todd Garner pula berkata, kehadiran Hayek dalam filem ini memberi kesan tersendiri.

“Apabila Salma muncul di layar besar, dia tidak pernah menghampakan. Dia mampu memberikan tenaga kepada filem ini. Bagi saya Salma dan Kevin ada keserasian kerana mereka pernah berlakon dalam filem sebelumnya, Grown Ups,” kata Garner.

Here Comes the Boom yang turut dilakonkan oleh Henry Wrinkler, mengisahkan seorang guru yang juga bekas peninju, Scott Voss (Kevin James) yang terpaksa kembali ke gelanggang pertarungan demi mencari dana bagi membantu pelajarnya menjayakan sebuah program muzik yang terbantut di kolej mereka.

Scott sanggup menyertai satu kejohanan Mixed Martial Arts yang menggabungkan beberapa jenis aksi seperti tinju, Muay Thai dan judo.

Filem edaran Sony Pictures Releasing International ini sedang rancak ditayangkan di pawagam berdekatan anda dan ia nyata sebuah karya yang menghiburkan.

Menoleh latar belakang Hayek, namanya mula tercipta sebagai pelakon apabila membintangi drama Teresa, diikuti El Callej�n de los Milagros yang membuka ruang kepadanya untuk menerima pencalonan Ariel Awards.

Hayek sebenarnya mula berhijrah ke Los Angeles pada 1991 dan mengikuti pengajian dalam bidang lakonan di bawah Stella Adler. Ketika inilah dia mendapat tawaran berlakon sehinggalah membintangi filem lain seperti Desperado, Dogma, Fools Rush In, Wild Wild West, Hunchback, Hotel dan Traffic.

Namun titik tolak Hayek lebih dipandang Hollywood adalah apabila membawakan peranan Frida Kahlo dalam filem Frida pada 2002. Impak filem itu memberinya peluang untuk dicalonkan sebagai Aktres Terbaik menerusi anugerah berprestij seperti Academy Awards, BAFTA Awards dan Golden Globe Awards.

Dalam bidang pengajian pula, Hayek pernah menuntut di Universidad Iberoamericana di Mexico City dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa.

Selain menjadi pelakon, Hayek juga aktif sebagai produser dan pengarah filem. Pada tahun 2000, dia mengasaskan syarikat produksinya, Ventanarosa dan menerbitkan filem dan program TV, antaranya filem El Coronel No Tiene Quien Le Escriba, Frida dan In the Time of the Butterflies.

Pada 2003, Hayek mengarahkan filem The Maldonado Miracle dan video muzik untuk penyanyi Prince berjudul Te Amo Corazon.

Di samping itu, Hayek bertindak selaku penerbit eksekutif untuk siri popular Ugly Betty yang mendapat sambutan di seluruh dunia. Ia digarap daripada telenovela Yo Soy Betty La Fea.

Dari aspek sensasi, Hayek pernah mengumumkan pertunangan dengan bilionaire Perancis, Fran�ois-Henri Pinault pada 2007, sekali gus mengakui dia hamil. Pada 21 September 21 tahun yang sama, Hayek melahirkan bayi perempuan, Valentina Paloma Pinault di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles.

Kemudian pada 18 Julai 2008, Hayek dan Pinault memutuskan pertunangan mereka namun hubungan mereka kembali bertaut malah mengambil keputusan untuk berkahwin pada 14 Februari 2009 di Paris.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA