Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 29 Disember 2012

K-pop di Tonton



EMPAT program terbaik K-pop bakal dihida�ngkan kepada penonton sempena meraikan kedatangan 2013 yang beberapa hari saja lagi akan diraikan.

Program popular berkenaan dibawakan oleh Tonton bermula 29 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013. Istimewa buat peminat K-pop, siaran khas ini bakal menampilkan persembahan hebat barisan artis serta selebriti Korea popular antarabangsa menerusi pelbagai program menarik.


Bermula pada 29 Disem�ber, Tonton akan membawakan Anugerah Ikon Bergaya Mnet 2011, sebuah acara berprestij yang memberi pengiktirafan kepada bintang fesyen Korea. Ia bersiaran jam 4 petang.

Disertai ramai selebriti popular Korea, peminat berpeluang menyaksikan selebriti dan idola pilihan yang berjaya merangkul anugerah ulung ini selain persembahan hebat oleh Jay Park, Kim Hyun Joong, Girls’ Generation, IU dan Dynamic Duo.





Meneruskan kemeriahan pada hari berikutnya (30 Disember), peminat disajikan dengan persembahan hebat Anugerah Muzik Asia Mnet, atau lebih dikenali sebagai MAMA.



Acara yang berlangsung di Singapura tahun lalu menampilkan barisan artis popular antaranya Super Junior, Girls’ Generation, 2NE1, Baek Ji Young, Kim Hyun Joong, BEAST, miss A, Hyuna, AZIATIX dan ramai lagi.

Bintang hip-hop terkenal dunia seperti will.i.am dan apl.de.ap dari The Black Eyed Peas, Snoop Dog dan Dr. Dre turut memukau penonton de�ngan persembahan bertenaga mereka. Manakala Anugerah MAMA 2012 yang baru sahaja berlangsung di Hong Kong baru-baru ini turut boleh disaksikan menerusi Tonton.

Pada malam kemuncak Tahun Baru (31 Disember) pula, Tonton menyiarkan acara Korean Music Wave MBC 2011, jam 4 petang yang menerbangkan khas artis ternama Korea ke Bangkok, Thailand untuk persembahan konsert sempena sambutan ulang tahun ke-50 MBC.

Dikendalikan oleh Tiffany & Yuri dari SNSD dan Nichkhun dari kumpulan 2PM, konsert ini menampilkan persembahan hebat oleh TVXQ, Wonder Girls, 2PM, T-ara, BEAST, SNSD, Brown Eyed Girls, F.T Island, 4minute, CNBLUE, MBLAQ, 2AM serta ramai lagi.

Manakala pada 1 Januari, peminat K-pop boleh menikmati siaran khas anugerah tahunan Mnet Summer Break 20s Choice yang berlangsung di Korea Selatan.

Pengiktirafan diberikan kepada bintang dan selebriti pilihan tahunan di kalangan mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an. Antara penerima anugerah di tahun 2010 ini termasuklah BEAST, 4minute, 2PM, T-ara, Jo Kwon, Kim Hyun Joong, Seo In-Young dan banyak lagi.

Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu Media Prima Berhad, Lam Swee Kim, berkata, empat program terbaik itu dibawakan sempena meraikan 2013 kerana pihaknya mendapat kandu�ngan Korea begitu popular di Tonton.

“Justeru, kami mengambil keputusan menawarkan imbuhan istimewa buat para peminat menerusi siaran khas empat program eksklusif bagi meraikan ketibaan Tahun Baru.

“Selain itu, kami juga turut menyiarkan siaran langsung ‘streaming’ acara Karpet Merah MAMA 2012 baru-baru ini manakala siaran tertunda untuk acara Karpet Merah dan Anugerah turut boleh disaksikan kini di Tonton. Peminat boleh menjangkakan tawaran kandungan hiburan dan drama Korea yang lebih banyak di tahun 2013 kelak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA