Advertlets

PINK

snow

Jumaat, 28 Disember 2012

Pesawat Tak Boleh Terbang Waktu Azan


Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat.


Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.
Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.
Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh Reuters sebagai berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atau syarikat penerbangan. – Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA