Sampaikan lah salam cintaku padanya...kerana cintaku hanya untuk dia...Sambutlah salam ku...sebelum ku pejamkan mata...
Sabtu, 29 Disember 2012
Sentuhan Tiga Beradik
TERBIASA dengan koleksi bertemakan gaya tradisional dan moden, jenama Mimpikita memberanikan diri dengan mengetengahkan sentuhan edge berkonsepkan sofistikated mewah pada majlis pelancaran yang diadakan di butiknya, baru-baru ini.
Hadir dengan busana elegan berstruktur bersama lima gaun eksklusif hasil sentuhan tiga beradik, Nurul Afidah, Amirah Hanis dan Syahira Zulkifli, ternyata semua persalinan digayakan model dan jelitawan selebriti mampu menarik perhatian wanita.
Istimewanya apabila setiap rekaan ditampilkan dengan potongan gaya bahu berstruktur, blaus cotout (blaus tanpa lengan) dan bermain dengan warna pilihan gelap seperti hitam, coklat, kelabu dan perang bersama gabungan rona ceria seperti kuning, biru, merah jambu dan ungu.
Padanan jaket, blaus, gaun dan skirt labuh menggunakan fabrik mewah seperti renda, sifon, sutera dan crepe membuatkan setiap helaian terletak cantik pada tubuh si pemakai. Ditambah perincian manik dan batu pertama, ia ternyata menampilkan sisi berbeza.
Menurut Nurul Afidah, mereka sengaja memilih untuk memperkenalkan gaya lebih elegan dan sofistikated menerusi potongan memikat yang sesuai digayakan semua peringkat usia. Lebih penting, ia mampu dipakai ke majlis rasmi atau kasual.
“Sebelum ini kebanyakan koleksi berkonsepkan moden kontemporari dengan sedikit sentuhan tradisi. Tetapi menyedari wanita kini lebih bijak bergaya, pemilihan tema edge diharap memberikan pelbagai pilihan kepada wanita,” katanya.
Pada masa sama, turut diadakan pelancaran label terbaru pakaian kanak-kanak Kitakids di bawah Mimpikita yang ditujukan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia dua hingga lima tahun. Himpunan sedia dipakai berkonsepkan ceria menampilkan gaun comel, seluar, blaus, skirt dan kemeja-T yang memberi pelbagai pilihan kepada si comel menggayakannya. Ia sesuai dipakai ketika menghadiri majlis rasmi, tradisional atau kasual.
Koleksi ini boleh didapati di butik Mimpikita, Jalan Telawi Bangsar Kuala Lumpur atau menerusi www.mimpikita.com.my, www.fashionvalet.com dan www.zalora.com.my.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan