Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 29 Disember 2012

Artis sambut 2013 di Ipoh

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi tirai 2012 akan ditutup bagi menyambut kehadiran 2013. Pastinya 2012 berlalu pergi dengan pelbagai catatan suka dan duka manakala 2013 diharap membawa sinar yang lebih baik buat kita semua.

Tidak dinafikan ramai yang sudah berkira-kira mahu menyambut tahun baru. Ketika ini juga pelbagai pihak melakukan pelbagai persiapan bagi meraikan sambutan ambang 2013 dengan meriah.


Tidak ketinggalan mengambil langkah serupa ialah pasaraya besar Mydin yang turut menganjurkan Sambutan Ambang 2013 di Mydin Meru Raya, Ipoh pada 31 Disember ini.

Jurucakap penganjur, Sam Mydin berkata, memandangkan Mydin Meru Raya baru dibuka pada 18 Mei tahun ini, acara Sambutan Ambang 2013 ini adalah program yang julung kalinya diadakan bagi meraikan pelanggan yang berada di Ipoh serta kawasan sekitarnya.





“Kami memang tidak sempat mengadakannya sebelum ini. Jadi, kami berasa terpanggil untuk sama-sama meraikan sambutan tahun baru bersama pelanggan setia.



“Program ini berlangsung di ruang legar Mydin Meru dan pelbagai program menarik disusun antaranya persembahan kebudayaan, sambutan hari lahir, pertandingan karaoke dan persembahan daripada 14 artis tanah air.

“Barisan artis terbabit ialah Azam Pit, Azza Elite, Watie Elite, Joey, Amar Baharin, Erry Putra, Siti Saida, Elly AXL, kumpulan Lock Up, Sly Squad, Chakra Sonic, Ani Mayuni, Datuk M Daud Kilau dan pelakon baru, Syaffiq Sahli.

“Pemilihan artis sememangnya dibuat dengan teliti kerana kami menekankan konsep masyarakat majmuk dan memberikan hiburan kepada pelbagai kaum. Artis yang terpilih pula mewakili pelbagai golongan daripada kanak-kanak, dewasa dan
warga emas.

“Artis ini akan berinteraksi dengan pengunjung secara langsung. Dengan pengisian yang dibuat, kami percaya program ini menerima sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

“Persembahan artis bermula jam 9 malam sehingga menjelang detik ambang 2013. Semua mereka akan menyanyikan lagu popular serta lagu patriotik.

“Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan karaoke Pujaan Muzik Nescafe anjuran Nescafe. Mereka yang minat menyanyi boleh mencuba bakat dengan menyertai pertandingan ini.

“Istimewanya buat individu yang lahir pada 1 Januari, mereka yang menjadi 50 orang pertama mendaftarkan diri akan menerima kek hari lahir dan hadiah istimewa daripada kami.

“Tidak ketinggalan diadakan ialah persembahan kebudayaan pelbagai bangsa dan jamuan muhibah secara percuma. Kami mahu menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sememangnya bersatu dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

“Persembahan artis berlangsung sehingga detik 12 malam dan sudah pastinya ia diserikan dengan persembahan bunga api. Jadi kami harap orang ramai tidak ketinggalan hadir beramai-ramai ke Mydin Meru Raya untuk memeriahkannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA