Advertlets

PINK

snow

HAIWAN PELIHARAAN

HAIWAN PELIHARAAN 

Haiwan peliharaan di Malaysia. Terdapat banyak sekali haiwan comel yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setiap haiwan ini mempunyai keunikannya tersendiri sehingga menarik perhatian manusia untuk membela dan menjaga mereka. Mereka dibelai dan dijaga dengan sempurna oleh si pemiliknya. Ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit bagi memastikan haiwan peliharaan mereka sentiasa berada di tahap yang baik. Ini termasuklah tempat tinggal, kebersihan dan pemakanan mereka.
10 haiwan peliharaan di malaysia
KUCING
10 haiwan peliharaan di malaysia
ANJING
10 haiwan peliharaan di malaysia
HAMSTER
10 haiwan peliharaan di malaysia
KELISA
10 haiwan peliharaan di malaysia
AYAM SERAMA
10 haiwan peliharaan di malaysia
ARNAB
10 haiwan peliharaan di malaysia
BURUNG TIONG MAS
10 haiwan peliharaan di malaysia
KURA-KURA
10 haiwan peliharaan di malaysia
IGUANA
10 haiwan peliharaan di malaysia
SUGAR GLIDER



Bagaimana Kalau Haiwan Peliharaan Saya Sakit Tenat?

Menjawab persoalan ini, saya ambil satu kes di mana boss Firnena sendiri mengalaminya. Kucing kesayangan dia bernama 'Teh' (PuTeh). Kita renungkan kisah benar ini bagi pemahaman penuh:
"Teh telah balik ke rumah dalam keadaan lesu, tak lalu makan. Keesokkan harinya, rupa dia bertambah lesu dan masuk hari ke-3, kesan sakitnya ketara. Dari rupa sihat walafiat, bertukar jadi rupa sakit, kurus-kering yang teruk. Mulutnya mengeluarkan air liur likat sentiasa. Pada tafsiran saya; ia telah termakan racun. Tanpa berlengah lagi, saya mengambil alat suntikan (khas untuk suntik ubat ke dalam mulut kucing) dan isikan ia dengan cecair penawar (hingga penuh). Kemudian saya paksa Teh buka mulut dan suntik penawar perlahan-lahan ke dalam mulut dia. Saya buat sebanyak 2 kali isian penuh alat suntikan. Kemudian saya biar. Pada lewat malam, saya buat sekali lagi 2 suntikan. Keesokkan harinya, saya buat lagi tapi pada waktu malam - saya beri hanya satu suntikan sahaja. Dan begitulah hari-hari seterusnya, 2 suntikan pada pukul 11 pagi macam tu, dan 1 suntikan pada awal malam (8 malam). Dalam hati saya pada masa tu; tawakal sajalah. Kalau hidup, hiduplah...kalau mati tu, dah takdir.
Namun selepas 4 hari melakukan sedemikian, saya lihat Teh beransur-ansur bertenaga semula. Ia mula hendak makan (tapi sedikit). Dalam tempoh 4 hari tu, dia tak menjamah sebarang makanan pun! Hari ke-5 dan seterusnya, saya berikan penawar seperti biasa dan selera makannya semakin pulih. Selepas seminggu lebih, dia sudah mula boleh makan seperti biasa. (Saya beri biskut kucing dan makanan tin. Meow!)
Alhamdulillah. Teh kembali sihat dan terselamat darimaut keracunan yang dialami. Malahan, dia semakin sihat sejak mengamalkan Penawar KHP. Saya beri dia satu suntikan penuh selang 4 hari, secara berterusan untuk kekalkan kesihatannya. Kebijaksanaan Teh juga meningkat kerana penawar tu telah mencergaskan otaknya (membuatkan ia suka 'bersembang' dan faham dengan arahan)."
Untuk anda yang mempunyai kucing kesayangan (atau haiwan peliharaan), andaikata ia sakit, eloklah anda cuba teknik Firnena Kesihatan untuk haiwan ni. Insyaallah (God Willing), anda pasti merasakan ianya begitu senang saja bagaimana mahu merawat haiwan sakit dengan cukup berkesan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA