Advertlets

PINK

snow

Ahad, 27 Januari 2013

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk


Ingat perempuan je boleh merajuk, lelaki pun boleh jugak taw. Nak tahu bagaimana lelaki merajuk?? Sanggup ke tidak perempuan memujuk lelaki yang merajuk??

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )


Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda



Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia bercakap? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda?

Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang, iaitu:

1. Orang itu akan berpeluh – Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.

2. Senyum sorang-sorang – Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.



3. Sweet talker – Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.

4. Jantung berdegup kencang – Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.

5. Mudah berangan – Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.

So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap dengan anda.

Sabtu, 26 Januari 2013

‘POODLE MOTH’, POKEMON DI DUNIA YANG NYATA


‘POODLE MOTH’, POKEMON DI DUNIA YANG NYATA | Binatang aneh yang seperti Pokemon ini dijumpai di Venezuela dan dikenali sebagai Poodle Moth @ Muslin Moth. Nak cari balik pokeball dalam stor.






           

             

            

Perlukah Membuat Pinjaman Peribadi Untuk Berkahwin?



                                

Mendirikan rumah tangga tak sukar, hanya akad dan lafaz yang diperlukan untuk menyatukan dua hati secara halal. Tetapi melangsungkan majlis perkahwinan untuk yang merunsingkan hati bakal pengantin malahan ibubapa si pengantin. Ramai orang mengimpikan majlis perkahwinan yang hebat, busana pengantin yang indah, jurumekap artis yang ternama dan dekorasi pelamin moden dan terkini. Tak termasuk cenderahati, mas kahwin dan hantaran yang sudah tentulah tidak murah. Ada perbelanjaan perkahwinan yang sederhana dan ada juga yang memakan belanja puluhan ribu ringgit. Ada yang mampu dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman peribadi. Adakah ia pilihan yang tepat dan bijak kepada bakal pengantin?

Sebenarnya membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin ini bukanlah isu baru dalam masyarakat kita. Zaman sekarang ramai yang keliru untuk membeli kenderaan bagi memudahkan pergerakan ataupun berkahwin. Apabila mereka membuat keputusan untuk membeli kenderaan dahulu, ini menimbulkan masalah kerana peruntukan bayaran bulanan kenderaan itu telah mengurangkan simpanan mereka. Ini tak termasuk apabila pihak pengantin perempuan menuntut belanja mas kahwin yang tinggi dan ‘rate’ zaman sekarang ini bukanlah murah iaitu RM10,000 ke atas. Jadi, jalan keluar yang mudah kepada permasalahan ini adalah membuat pinjaman peribadi memandangkan institusi kewangan hari ini menawarkan jumlah yang banyak tanpa syarat yang ketat. Malah kelulusan pinjaman peribadi juga pantas dan hanya memerlukan dokumen yang ringkas saja.

Ramai rakan yang membuat pinjaman peribadi antara RM20,000 ke atas yang digunakan untuk persiapan perkahwinan mereka. Tapi tak semua duit itu digunakan untuk membayar pelamin, katering dan lain-lain. Bila sudah dapat duit, mulalah tangan gatal menggunakan duit untuk memberi barangan hantaran yang mahal-mahal seperti kamera DSLR, telefon dan gajet mahal, tas tangan yang berjenama dan apabila duit pinjaman berkurang, mulalah menggelabah cari duit untuk membayar hutang untuk hari persandingan kelak.

                          

Ini seterusnya akan menggalakkan masyarakat berhutang tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari. Seharusnya bakal pengantin melihat bahawa pinjaman ini akan menjadi beban jangka panjang di kemudian hari. Banyak perkara yang boleh diambil iktibar apabila pasangan bercerai kerana sebab duit dan ada juga yang muflis hanya kerana bebanan hutang bertambah.

Bakal pengantin perlu mengambil alternatif lain termasuklah mengumpul wang secukupnya untuk hari bahagia mereka nanti. Contohnya pada mereka yang habis belajar pada usia 23-24 tahun, mereka harus menyasarkan berkahwin 4 tahun selepas itu. jadi selama 4 tahun ini, mereka harus konsisten mengumpul duit supaya tidak terbeban kelak.

Dalam Islam, mas kahwin adalah wajib manakala pemberian hantaran merupakan adat sahaja. Demi keberkatan perkahwinan, janganlah pihak perempuan membebankan pihak pengantin lelaki sahaja. Jika pasangan bersetuju untuk membuat pinjaman peribadi sekalipun, mereka haruslah bersama-sama menjelaskan hutang tersebut dan elakkan meleretkan hutang hingga bilangan anak bertambah. Selesaikan hutang terlebih dahulu dan bukannya membeli perabot rumah saja.

Jumaat, 25 Januari 2013

Banyak Kes Budak Dilarikan Ketika Enjin Kereta Hidup – Ibubapa Jangan Cuai



Kes budak dilarikan semasa mengisi minyak dan membeli barang di kedai banyak kali terjadi dan ibu bapa masih tak serik-serik. Anak ditinggalkan di dalam kereta dengan kenderaan tidak berkunci dan enjin hidup adalah satu situasi yang sangat cuai yang sering dilakukan ibubapa.

Baru-baru ini , sepasang suami isteri meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun dalam Mitsubishi Storm dengan enjin hidup di sebuah stesen minyak di Kijal, Kemaman mengundang padah apabila budak itu dan kenderaan tersebut dilarikan penyamun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semalam ketika mangsa yang sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut ditinggalkan oleh ibu bapanya yang masuk ke tandas.

Melihat kenderaan itu tidak dikunci dan enjin hidup memudahkan kerja seorang penjenayah yang terus masuk ke dalam kenderaan tersebut dan memandunya ke arah Dungun. Kejadian tersebut disedari ibu bapa mangsa yang berusia 37 dan 42 tahun apabila mereka melihat kenderaan itu bergerak. Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis. ebelum kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kijal menuju ke Chukai, Kemaman untuk urusan perniagaan sebelum singgah di stesen minyak berkenaan.

              

Sebelum ini pula kejadian sama berlaku di Kuching, Sarawak dimana seorang budak perempuan melalui detik mencemaskan selama 30 minit apabila dia dilarikan bersama kereta milik ibunya oleh sekumpulan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Matang di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 6.15 pagi, Cheyanne Michcal, 8, ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan Toyota Wish yang enjinnya dihidupkan tetapi berkunci selepas ibunya pergi ke tandas. 

Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Christinah Madan, 42, yang terkejut apabila mendapati kenderaan itu dan anaknya tiada selepas dia keluar dari tandas beberapa minit kemudian. Bagaimanapun, Cheyanne bernasib baik apabila dia ditemui oleh seorang penjual kuih di kawasan Pasar Raya E-Mart kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Balai Polis Gita. Ketika ditemui, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu sedang menangis meminta pertolongan orang awam.
Christinah yang juga seorang guru di SK St. John, Bau berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anaknya di dalam kenderaan kerana ketika itu mangsa tidur.

Cinta Dan ‘Rebound’



              

Apa itu cinta? Adakah cinta itu sekadar rasa seronok bila ada orang yang telefon kita, sms kita, BBM kita, tweet kita hari-hari? Adakah cinta itu hanya rasa bahagia bila seseorang mengambil berat mengenai kita, menemani kita jika kita memerlukan dia atau teman yang memberi kata-kata manis dan sayang pada kita?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai cinta. Ada yang kata mereka hanya mengalami cinta monyet. Ada juga yang mengaku mereka tidak bercinta, Cuma sekadar teman tapi mesra. Ada juga antara kita yang menganggap cinta itu perkara yang serius. Jika telah menemui cinta, maka harus dan perlu ke peringkat yang seterusnya iaitu menghalalkan cinta.

Macam mana rasa cinta? Lain orang, lain cara. Tapi yang pasti rasa cinta itu buat kita bahagia, buat jantung berdebar-debar, buat kita rasa mahu saying semua orang, buat kita rasa gembira. Bak kata orang ‘makan tak kenyang, tapi mandi confirmlah basah’.

Tapi tak semua kisah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan walaupun masa mula-mula bercinta, kita rasa dialah yang pertama dan mahu jadikan dia yang terakhir. Dialah yang terutama dalam hidup sampai sanggup berkorban apa saja untuk dia atas nama cinta.

Bila sudah tiada sayang dalam hati, segala kebahagiaan yang dirasai itu hilang. Masa itu rasa hati itu remuk, rasa hati itu pecah. Orang kata ‘heartbroken’ . Tapi sebenarnya bukan hati sahaja yang rasa pecah, rasa macam seluruh badan rasa lemah, rasa seperti segala urat saraf nadi berhenti. Kadang-kadang kita mula menyalahkan diri kita kenapa kita jatuh cinta walaupun kita tahu cinta itu kadang-kadang menyakitkan. Mungkin hanya mahu merasai nikmat cinta seperti orang lain?

Ada orang yang bijak menyembunyikan rasa sedih dan masalah mereka. Tetapi sampai bila? Kadang-kadang bila kita rasa sedih, kita mula mahu mengisi kekosongan hati kita. Walaupun kita tahu kita tak perlukan ia. Kita mula mahu mencari pengganti walaupun kita tahu kita masih tak bersedia untuk berkongsi hati kita. Kita mencari ‘rebound’. Ikut definisi ‘kamus cinta’ saya, rebound itu bermaksud mencari pengganti dengan kadar segera untuk mengelakkan rasa sakit selepas putus cinta. Adakah sama maksud dalam kamus cinta kamu?

Bila seseorang itu dalam perhubungan ‘rebound’ kadang-kadang mereka akan banyak menghabiskan masa berfikir mengenai sebab mereka putus cinta, apa yang silap, apa kemungkinan ‘kalau’ dan banyak lagi persoalan yang mungkin tak ada jawapan. Dari segi moralnya, adakah rebound ini baik untuk kita dan pasangan? Dan yang paling penting, bagaimana kamu hendak pastikan yang kamu berada di dalam perhubungan ‘rebound’?


Jika anda baru saja putus cinta

  • Kenalpasti motif kamu. Adakah kamu mencari pengganti hanya untuk membuatkan pasangan kamu cemburu?
  • Adakah hubungan baru ini satu hubungan romantis, atau keselesaan yang kamu rasakan hanya sekadar sebagai kawan?
  • Adakah kamu dan pasangan beria sangat nak tunjuk keintiman kamu kepada umum?
  • Adakau kamu juga beria sangat nak cari perbezaan antara pasangan baru kamu dan bekas kekasih terdahulu?
  • Adakah kamu sering menyedapkan hati dengan mengatakan bagaimana pasangan baru kamu itu membuatkan kamu gembira, dari mengenali sepenuhnya siapa dia?
  • Adakah kamu sering teringatkan bekas kekasih kamu?

Jika kebanyakan jawapan kamu untuk soalan di atas adalah ya, maka kamu sedang membuat satu hubungan rebound.


Jika kamu khuatir kamu dalam hubungan rebound

  • Dengar kata hati kamu. Adakah hubungan ini terjalin begitu pantas? Masih adakah perkara penting tentang diri kamu yang pasangan kamu belum tahu?
  • Perhatikan jika pasangan kamu kerap membandingkan kamu dengan bekas kekasihnya
  • Perhatikan jika pasangan kamu seolah tidak sabar ingin memberitahu umum bahawa kamu berdua adalah pasangan kekasih
  • Adakah kamu tahu apakah hobi pasangan kamu di masa lapang? Satu petanda kurang bagus jika kamu tidak mengetahui apakah hobinya atau jika dia ada tanggungjawap lain selain dari pekerjaan hariannya

Cara yang terbaik untuk menangani masalah putus cinta ini bukanlah dengan membuat satu hubungan rebound semata-mata mahu menghilangkan kesunyian di dalam diri. Cuba pulihkan diri perlahan-lahan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Rasa jiwa memang sakit dan kacau. Rasa hati meronta-ronta ingin keluar dari kesedihan. Tetapi jangan paksa diri mengharungi jalan yang salah demi memenuhi kehendak nafsu jiwa sendiri. Tapi keputusan di tangan dan minda anda.

Lelaki Malaysia Tak Setia? Ke Sama Je Dua-Dua?



                       

Kita selalu dengar mengenai cinta dan kesetiaan dan mengikut kajian syarikat Durex, katanya orang Malaysia ni kurang setia. Adakah sebab lambakan wanita tulen dan tak tulen yang menyebabkan mereka curang? Atau dah bosan dengan partner masing-masing yang tak memahami atau tak romantis?

Menurut kajian, 33 % lelaki Malaysia mengakui bahawa mereka tidak setia kepada pasangan mereka. Thailand dengan jaya berada pada tempat pertama sebanyak 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua dengan 34 peratus. Selepas Malaysia, dalam senarai adalah Rusia, 32 % dan Hong Kong , 29%. Kira-kira 39% wanita Malaysia juga mengaku telah dikhianati rakan mereka. Kedua-dua negara Nigeria pada 62% dan Thailand 59%.
Rusia adalah wanita keempat yang paling setia iaitu 33% manakala rakyat Singapura berada di tangga kelima 5 pada 19%. Kaji selidik yang dijalankan oleh Durex pengeluar kondom popular, berdasarkan temu bual dengan 29,000 orang di 36 buah negara. Ia juga menunjukkan bahawa lelaki Malaysia mempunyai purata tiga pasangan seks dalam kehidupan mereka manakala mereka di Singapura dan Hong Kong mempunyai 16 pasangan, yang merupakan tertinggi di Asia.

Mungkin sebab itulah ramai wanita-wanita Malaysia telah memilih warga Indon, Bangla, Lombok dan mat Afrika sebagai partner mereka kerana mungkin mereka ni LEBIH SETIA dan tahu melayan kekasih mereka, tak gitu?

Pada pendapat saya yang tak seberapa ni, ada betulnya lelaki Malaysia ni tak setia. Orang lelaki pantang tengok dahi licin sikit mula buat perangai. Ada la tu yang cop saya ni seksis. Bila pasangan terutamanya isteri tu dah gemuk,boroi dan kurang mekap sebab tak ada masa kerana sibuk uruskan keluar, masa tu lah mereka jadi LIGAT nak pasang 2-3.

Kemudian yang jadi punca utamanya ofcourse lah Twitter, Facebook dan lain-lain. Tak payah saya nak ulas panjang lebar, semua pun dah tahu kan? Punca penceraian utama juga salah satunya LAMAN SOSIAL, tempat orang bersosial.

Rabu, 23 Januari 2013

ABPBH2012 : Zizan Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH2012



                                     

Pelakon dan pelawak Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) iaitu sebanyak lapan kategori.

Zizan tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.

“Tak sangka pula nama saya dicalonkan untuk lapan kategori. Rasanya ini merupakan pencalonan terbanyak sepanjang enam tahun karier saya. Bagi saya ini semua kerana peminat yang menyokong saya sejak dahulu lagi.”

“Alhamdulillah, doa saya untuk menghiburkan khalayak sehingga menjadi kesayangan peminat juga termakbul,” kata Zizan.

Beliau ditemui selepas pengumuman lima finalis akhir ABPBH2012 yang diadakan di Holiday Villa di sini, petang Rabu.

Sementara itu, nama-nama artis yang belum pernah dicalonkan dalam acara berprestij itu ialah DJ Lin yang tersenarai bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.

Datuk AC Mizal juga dicalonkan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Fahrin Ahmad bagi Pelakon TV Paling Popular selepas kedua-dua mereka sudah ama tidak dicalonkan dalam ABPBH.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) akan berlansung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio HOT FM.

Senarai Pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012





Anugerah Bintang Popular 2012 bakal diadakan pada 7 April 2013 dan berikut adalah pencalonan top 5 bagi setiap kategori.

Pelakon dan pelawak Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) iaitu sebanyak lapan kategori. Zizan tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.



Senarai TOP 5 Anugerah Bintang Popular 2012 :

5 Finalis Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

5 Finalis Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

5 Finalis Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

5 Finalis Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

5 Finalis Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

KLIA Sesak Dibanjiri Peminat K-Pop



Bagaikan satu perjumpaan besar-besaran peminat tegar muzik K-Pop, itulah yang boleh digambarkan mengenai suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi apabila lebih 600 peminat membanjiri ruang balai pelepasan bagi menyambut ketibaan bintang-bintang kesayangan mereka itu. Yang menariknya ialah, ada di antara mereka sudah sedia menanti sejak dari jam 2 petang lagi.



Kehadiran bintang-bintang K-Pop ini menjejakkan kaki ke sini bersempena dengan acara terbesar dalam industry hiburan Korea, Golden Disk Awards ke-27.

Anugerah berprestij ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur selama dua hari mulai 15 Januari(mala mini) dan 16 Januari.

Kira-kira jam 10.15 malam tadi, suasana menjadi gamat dengan sorakkan peminat tatkala Beast menjadi kumpulan pertama yang muncul di balai ketibaan VIP. Berjalan dengan penuh tenang dan ceria, DooJoon, DongWoon, GiKwang, YoSeob, HyunSeung dan Junhyung sempat memberikan senyum dan lambaian mesra kepada peminat mereka.

Kemudian, kemunculan Kara pantas membuatkan peminat-peminat terutamanya lelaki tidak keruan sejurus melihat Gyuri, Seungyeon, Nicole, Hara, dan Jiyoung berjalan keluar dari bilik VIP.






Suasana menjadi semakin gamat apabila barisan artis FNC Entertainment iaitu kumpulan FT Island dan CN Blue berjalan beriringan. Malaysia mungkin sudah biasa bagi HongKi, Seunghun, Jaejin, Minhwan dan Jonghoon memandangkan ini merupakan kali keempat mereka menjejakkan kaki ke sini. Tetapi bagi Jung-shin, Jong-hyun, Yong-hwa, Min-hyuk, ini merupakan kali pertama mereka bertemu dengan peminat Malaysia.

Super Junior (SuJu) merupakan kumpulan terakhir yang muncul dan seperti biasa kumpulan yang mempunyai kelompok peminat yang paling ramai ini disambut dengan meriah sekali oleh peminat yang hadir.

Antara artis lain yang telah tiba awal minggu ini ialah B1A4, Shinee, BTOB dan 4Minute. Hari ini beberapa lagi artis dijangka bakal tiba antaranya G-Dragon (Big bang), Infinite, B.A.P, Teentop, Epik High, Ai Lee dan tiga anggota Infinite iaitu Hoya Dongwoo, Sunggyu.

Seperkara yang membanggakan, peminat-peminat Malaysia kali ini wajar diberi pujian dek sikap berhemah, berdisiplin dan berada dalam keadaan terkawal. Mereka aku dengan arahan yang diberikan pengawal – disuruh duduk, mereka duduk. Diminta berbaris, mereka berbaris menjadikan keadaan tenang walaupun sesak.

Golden Disk Awards dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu. Siapakah yang akan memenangi Album of The Year, Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, New Rising K-Pop Star, Best Hip Hop dan Single Album of The Year? Sama-sama kita nantikan!

Datin Dr Halina Selamat Lahirkan Bayi Kedua Angkasawan Malaysia Dato Dr Sheikh Muszaphar



                           
Isteri angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan puteri kedua mereka kelmarin, 19 Januari 2013, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ) pada pukul 753 malam. Kelahiran bayi yang awal 3 minggu dari tarikh jangkaan, sangat mengembirakan kedua pasangan ini.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh PA Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Wany Idris.


Dr Halina, seorang pakar anestesia di Hospital Selayang mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara pada 10 Oktober 2010 bersempena tarikh Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007, yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan doktor itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sophea Isabella. Bayi seberat 3.6 kilogram dilahirkan pada 21 Julai 2011 melalui kaedah bersalin dalam air di Hospital Pantai Bangsar. Pasangan sama cantik sama padan ini mula berkenalan ketika Dr Halina menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan suaminya pada ketika itu adalah pensyarahnya. Perkahwinan mereka sebelum ini turut digelar Wedding of the Year 2010.

Semoga kelahiran puteri baru ini dapat menceriakan keluarga ini dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat. Buat Dr Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina tahniah lagi sekali diucapkan semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan terus memberi sinaran kebahagiaan buat kamu seisi keluarga.

Gambar Terkini Fasha Sandha Yang Comel Hamil Anak Sulung ( 7 Gambar )


Fasha Sandha dijangka melahirkan anak pertamanya bersama suaminya Jejai sekitar bulan Februari atau penghujung bulan Mac 2013 di Prince Court Medical Centre dan sudah pasti para peminat Fasha tak sabar nak melihat gambar bayi comel ini nanti kan. Apa yang kami nak kongsikan adalah gambar terkini Fasha Sandha yang sedang sarat mengandung bersama suaminya dan juga ibu mertuanya Raja Noora.

                         


                                       

                      

 



Sumber : Facebook Fasha Sandha

Kelebihan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong



                                          

Minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Ujian saintifik telah membuktikan nilainya dan hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keistimewaan air.

Untuk penyakit-penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air didapati telah berjaya oleh ahli perubatan Jepun sebagai penawar bagi penyakit-penyakit yang berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, penyakit telinga hidung dan tekak.

KAEDAH RAWATAN

1. Bangun pada waktu pagi dan sebelum anda menggosok gigi, minum 4 x 160 ml gelas air
2. Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3 Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa pun selama 2 jam
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)

** Pesakit artritis harus mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian. Kaedah rawatan ini TIDAK mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kita. Ini adalah cara dan tradisi orang-orang Cina dan Jepun dengan meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka dan bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum.

Bagi mereka yang gemar meminum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda. Bukanlah tidak boleh atau tidak bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ‘enapcemar’ ini bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ditipu Cinta Cyber:Ingin Bertunang Walau Tak Pernah Bersua!




Cinta atas talian; ramai yang mengalaminya, ramai juga yang kecundang. Kami di Wanistapernah menulis tentang isu ini (KLIK) suatu ketika dahulu, sebagai salah satu usaha untuk menyedarkan pembaca sekalian bahawa cinta di atas talian ni banyak yang buruk dari baiknya.

Beberapa minggu lalu, Harian Metro pernah mengeluarkan berita tentang bakal tunang seorang gadis graduan universiti yang ghaib di hari pertunangan. Bukan ghaib diculik oleh orang bunian, mahupun diculik oleh orang jahat. Tetapi ghaib kerana tak muncul di hari pertunangan, sedangkan yang perempuan tidak pernah walau sekali bersua dengan lelaki tersebut.

                                 

Perkenalan seorang gadis berusia 25 tahun dengan seorang lelaki di laman maya yang diharap bertahan hingga ke jinjang pelamin, musnah apabila keluarganya diaibkan lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu apabila dia tidak tampil pada hari pertunangan mereka pada Mac lalu.

Gadis berkenaan yang dikenali dengan panggilan Haida berkata, keluarganya menanggung malu malah rugi lebih RM2,500 apabila ‘bakal tunangnya’ yang dikenali dengan panggilan Arif, 29 dari Kuala Terengganu itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Keluarga lelaki mendakwa anaknya tak dapat menghadiri majlis pertunangan kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya dan sedang dirawat di hospital di Kuantan, Pahang. Tapi malangnya, apabila keluarga Haida menziarahi Arif di hospital yang dikatakan, alangkah kecewanya hati mereka kerana tiada orang yang bernama Arif yang ditempatkan di situ. Haida turut mencari Arif di hospital-hospital yang lain, namun semua usaha itu gagal.

Bercerita tentang detik perkenalan Haida dan Arif, Haida berkata mengenali lelaki tersebut sekitar tahun 2007, melalui ruangan chat di sebuah stesen berbayar. Haida yang ketika itu masih belajar di universiti mengatakan, sepanjang tempoh perkenalan, mereka langsung tidak pernah berjumpa. Hanya berkomunikasi melalui laman web dan telefon.

Haida kemudiannya melanjutkan pelajaran berdekatan dengan tempat tinggal Arif, namun mereka masih gagal bersua muka. Ada saja alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut di saat-saat akhir. Namun Haida masih berharap. Kemuncaknya, apabila Arif menyatakan hasrat ingin mengikat tali pertunangan dengan gadis yang tidak pernah ditemuinya ini. Katanya, ibu Arif akan berjumpa keluarga Haida untuk meminang bagi pihak anaknya.

Terpedaya, Haida membuat persiapan pertunangan menelas kos hampir RM3,000. Setelah mendengar berita kemalangan yang menimpa Arif, majlis pertunangan ditukar kepada majlis doa selamat dengan harapan Arif cepat sembuh. Namun ternyata, harapan tinggal harapan kerana ternyata Arif tidak wujud.

Kami ingin menyedarkan pembaca Wanista, terutama golongan wanita untuk sentiasa berhati-hati apabila menerima sapaan cinta daripada lelaki di alam maya. Jika benar lelaki itu sukakan kamu, hampir tiada alasan baginya untuk tidak berjumpa kamu. Jika kali pertama temu janji tidak ditepati, nasihat kami, angkat kaki!

Sumber: Harian Metro

6 Gaya Rambut Untuk Nampakkan Wajah Lebih Runcing



Ada orang potong rambut kerana rimas, ada juga kerana mahukan stail baru dan bosan dengan potongan rambut lama. Ada banyak jenis potongan rambut seperti potongan rambut lurus panjang ,rambut kerinting, pendek dan kerinting. Ada juga wanita memilih untuk rambut ala bob manakala kadang-kadang ada juga wanita berani untuk menggayakan rambut ala Mohawk. Hari ini saya akan memberitahu anda bagaimana untuk kelihatan lebih kurus dengan gaya rambut berbeza. Setiap wanita mahu muka yang kecil, kerana bila berat anda naik, muka juga akan nampak agak tembam sendikit. Jadi bagaimana untuk mendapatkan muka yang kecil ( ilusi optik ) dengan gaya potongan rambut berbeza?

Potongan rambut bertingkat ( layer )

Gaya rambut berlapis membuat wajah anda kelihatan memanjang. Potongan layer panjang kebawah, akan memberikan muka bentuk bujur dan langsing. Beritahu hairstylist anda supaya memotong lapisan rambut anda supaya tidak terlalu pendek atau terlalu luas. Biarkan rambut anda jatuh di suatu tempat di antara bahagian bawah telinga dan bahagian atas bahu. Cuba gunting rambut gaya sebegini dan lihat perbezaannya.



Ubah gaya rambut

Agak bagus sebenarnya untuk mengubah gaya rambut 360 darjah sekali sekala kerana ia bukan saja memberikan gaya yang baru pada diri anda tetapi akan kelihatan lebih muda dari umur jika kena pada gayanya. Sedikit perubahan dalam gaya rambut anda secara positif boleh mengubah rupa anda. Pastikan anda mempunyai hairstylist yang betul, seseorang yang boleh melakukan magis dengan gunting beliau.


Miley Cyrus sebelum


Miley Cyrus selepas memotong pendek rambutnya. Kelihatan lebih muda dan segar

Elakkan potongan rambut bob tradisional

Jika rambut anda tidak kena gaya, anda akan kelihatan lebih tua dari biasa dan muka anda akan nampak ekstra tembam atau bulat. Sama juga dengan potongan rambut bob yang biasa boleh membuatkan muka anda tambah bulat. Potongan rambut ala bob perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai dagu berlapis dan jika anda malas untuk mengurus rambut, potongan gaya ini mungkin akan membuatkan muka anda nampak lebih luas.


Blunt Bob yang akan membuatkan wajah anda bertambah bulat


Gayakan potongan rambut bob yang panjang untuk efek wajah yang lebih bujur sirih

Fringes dan gaya rambut belah ketepi : Rambut belah ketepi atau fringe boleh membantu menutup dahi luas anda. Rambut belahan tepi juga boleh menampakkan muka lebih kurus. Wanita dengan muka bulat mesti cuba untuk membuat rambut ala side-parting kerana ia benar-benar boleh memanjang muka anda. Anda juga boleh menyerlahkan tulang pipi anda dan melembutkan wajah bulat anda dengan potongan bang pada rambut anda atau dengan potongan layer panjang.



Bumpit

Bumpit merupakan satu alat untuk rambut untuk membuatkan rambut anda nampak tinggi ala-ala Amy Winehouse. Dengan memakai bumpit pada rambut, muka anda akan nampak panjang dan tidak lagi bulat.





Pakai hiasan rambut

Aksesori rambut boleh membuat gaya rambut yang indah anda kelihatan lebih baik dan ia juga akan membuat wajah anda kelihatan lebih kurus. Letakkan aksesori rambut di bahagian bawah updo rambut atau di kawasan meletak mahkota pada kepala anda, ia pasti akan memanjang muka anda dan membuat anda kelihatan lebih ramping.






10 TANDA SI DIA SUKAKAN ANDA



                

Ada seorang lelaki ni, suka ajak saya berborak, tanya khabar di Twitter dan Facebook. Kadang-kadang tu sampai berjam-jam.. Tapi persoalannya, dia suka saya ke? Kalau pernah berjumpa dan keluar bersama, mungkin itu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang belum lagi ada peluang untuk bersua, susah semestinya timbul keraguan dan tanda tanya. Kalau nak bertanya, rasa segan pula. Terutamanya bagi wanita. Jadi berikut merupakan beberapa hint atau tanda yang boleh anda gunakan jika anda mahu tahu sama ada dia sukakan anda ataupun tidak.

1. Bila dia online di laman sosial, orang pertama yang di cari adalah anda. Kalau tak bercakap, atau berborak dengan anda dalam sehari, memang tak sah. Walaupun kadang-kadang perbualan kosong saja, yang pasti dia sentiasa mahu berbual dengan anda.

2. Selalu mencari topik supaya perbualan anda tidak tamat disitu saja. Bila dia dah suka berbual dengan anda, dia akan pastikan yang anda berdua sentiasa ada topik untuk berbual tak kisahlah hal apa pun.

3. Cuba lihat sama ada dia ada bertanya mengenai soalan peribadi mengenai anda. Jika ada, mungkin dia mahu mengenali anda dengan lebih dekat. Dan dia juga akan bercerita mengenai kisah hidupnya tanpa ditanya. Ha, ini pun boleh dijadikan tanda dia sukakan anda. Kira maknanya ada ‘chemistry’ di antara kamu berdua dan dia mempercayai anda. Tapi kalau soalan dia melampau tu, tak perlulah nak panjangkan hubungan tu. Tu ada makna lain lah tu.

4. Menjadi orang pertama yang ambil berat tentang kamu. Walaupun kamu tidak pernah bersua, dia tidak mengambil kesempatan dan jujur dengan kamu. Dan apabila dia membaca status yang bermasalah dari kamu, dia akan menjadi antara orang pertama yang bertanyakan masalah kamu dan menjadi pendengar setia kamu setidak-tidaknya.

5. Cari ‘tanda cinta’. Adakah dia selalu memuji kamu? Adakah dia selalu bagi kata-kata semangat pada kamu? Adakah dia selalu menunjukkan tanda yang dia berminat terhadap kamu contohnya bagi lagu ke, bagitahu yang dia selalu baca komen kamu di internet ke.. Jika ya, good news! Dia sukakan kamu.

                           

6. Sedih bila mengakhiri perbualan. Dia akan selalu berasa sedih tatkala kamu berdua terpaksa mengakhiri perbualan. Itu menunjukkan yang kamu telah mendapatkan perhatian di dalam hatinya. Maklumlah, terpaksa berpisah seketika dengan orang yang disukai, siapa tak sedih? Hehe!

7. Lihat reaksinya bila anda sudah lama tidak online atau menegurnya. Jika dia benar-benar sukakan anda, dia pasti tahu bila anda sudah lama tidak online atau menegurnya. Mungkin dia akan menghubungi rakan terdekat anda untuk bertanya khabar mengenai diri anda.

8. Selalu like dan komen mengenai gambar, status komen anda. Kalau dia betul sukakan anda, dia memang berada dalam senarai teratas orang yang akan ‘like’ gambar anda dan juga memberi pendapat di status/ruangan komen anda di internet. Betul kan? Seronok lah tu! :p

9. Dia akan mengajak anda berjumpa. Jika dia betul-betul ikhlas dalam perhubungan kamu, dia akan mengajak anda berjumpa secara face to face dan bukan saja berkawan di ruangan internet. Dari situlah baru anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hubungan ataupun tidak.

10. Hormati kamu dan sentiasa jaga batas pergaulan di internet. Apabila dia sukakan kamu, dia tidak akan sewenang-wenangnya flirting dengan orang lain di laman sosial kerana dia hormatkan kamu dan juga mahu menjaga hati kamu. Dia juga akan membataskan pergaulannya untuk menunjukkan yang dia benar-benar mahu perhubungan serius dengan kamu.

Sebagai peringatan bagi anda, sentiasa beringat dan berwaspada kerana tak semua orang jujur apabila berada di dunia siber ini. Kadang-kadang manusia ni di luar lain, di dalam internet lain. Walaupun begitu, kami ingin ucapkan semoga berjaya di dalam dunia percintaan anda! Dan mendapat manfaat daripada tips yang diberikan di atas.


15 CARA KURANGKAN BAJET PERKAHWINAN




         

Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.


Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.


3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.

4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.

Contoh hantaran bunga tiruan : mahligaicemara-butik.blogspot.com

5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.

Terkini : Malaysia International Wedding Exhibition di MidValley mulai 23 hingga 25 November 2012 : LINK




6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

                         

8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

Contoh kad kahwin bajet – kahwinmall.com

10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinanatau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
                  

                                        Contoh Checklist/ Senarai semak perkahwinan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA