Advertlets

PINK

snow

Jumaat, 18 Januari 2013

Seluar Dalam Baru Cegah Bau Kentut


Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangatdalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.

Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.

“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.

Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.

“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.

Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dala, fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus. Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA