Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

Anda Suka Mengalah Dalam Hubungan Cinta? Kenapa?


Isteri yang suka mengalah sudah pasti sentiasa bisikan yang mahu dia memberontak. Suami pun begitu, kalau isterinya queen control, sudah pasti dia bosan dan mencari keseronokan di luar.

Tak ramai pasangan memilih untuk lari dari masalah dan tekanan rumah tangga, ramai lagi yang bertahan dengan bahagianya kerana faham atas dasar apa dia mengalah terhadap pasangan. Tetapi berbaloikah anda mengalah dengan pasangan anda dan apa sebenarnya sebab yang membuatkan anda mengalah?


Kali ini kami ingin mengupas beberapa sebab seseorang mengalah dengan pasangan.

Letih bergaduh

Setiap kali timbul pergaduhan atau salah faham, anda selalu mengalah. Anda suka membiarkan saja dia menang kerana malas untuk bergaduh. Biasanya yang mengalah akan senyap di depan pasangan tetapi dibelakang lain pula ceritanya. Hubungan macam ni tiada kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain dan ini amatlah bahaya.

Terlalu cinta

Jangan tak tahu, ada isteri yang sanggup ditinggalkan berbulan-bulan tanpa nafkah kerana cinta. Ada yang menjadi mangsa keganasan suami tetapi oleh kerana pujukan suami ada yang sanggup bertahan. Mengalah begini boleh memusnahkan hidup seseorang, kerana cinta mata hati menjadi buta.

Ada juga isteri yang terlalu cintakan suami sampai sanggup mentaatinya dengan perkara yang tidak baik dan ada juga suami yang terlalu cintakan isteri sampai sanggup jadi pak turut sahaja dan tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Takut hilang sesuatu

Ada suami yang mengalah kerana takut isteri minta cerai. Isteri pula mengalah kerana takut suami berpoligami. Takut tak mendapat harta suami yang beristeri ramai dengan anak yang ramai pula.

Mengalah kerana ugutan pasangan seolah-olah membiarkan jenayah berlaku di dalam rumahtangga. Dan kalau tidak dibendung dari awal, ia boleh sampai ke tahap seperti kehilangan nyawa untuk menutup kejahatan di dalam rumahtangga.

Mengalah kerana Allah swt

Masihkah ada di antara anda yang mendahulukan kepentingan Allah swt di atas kepentingan diri dan pasangan? Setiap kali anda terasa berat untuk taat dan mengalah pada pasangan dalam hal yang diperintahkan oleh Allah swt, itu merupakan tipudaya syaitan yang mahu anda menjauhi Tuhan.

Atas dasar apa sekalipun anda mengalah pada pasangan, tanyalah pada hati anda, bukankah cinta itu lahir dari sikap mementingkan orang yang kita cinta? Isteri yang mengalah kerana cinta suami melebihi cintanya pada diri sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA