Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

ABPBH2012 : Zizan Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH2012



                                     

Pelakon dan pelawak Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) iaitu sebanyak lapan kategori.

Zizan tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.

“Tak sangka pula nama saya dicalonkan untuk lapan kategori. Rasanya ini merupakan pencalonan terbanyak sepanjang enam tahun karier saya. Bagi saya ini semua kerana peminat yang menyokong saya sejak dahulu lagi.”

“Alhamdulillah, doa saya untuk menghiburkan khalayak sehingga menjadi kesayangan peminat juga termakbul,” kata Zizan.

Beliau ditemui selepas pengumuman lima finalis akhir ABPBH2012 yang diadakan di Holiday Villa di sini, petang Rabu.

Sementara itu, nama-nama artis yang belum pernah dicalonkan dalam acara berprestij itu ialah DJ Lin yang tersenarai bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.

Datuk AC Mizal juga dicalonkan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Fahrin Ahmad bagi Pelakon TV Paling Popular selepas kedua-dua mereka sudah ama tidak dicalonkan dalam ABPBH.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) akan berlansung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio HOT FM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA