Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

Awas! Bahaya Berpakaian Ketat Ketika Tidur



Pakaian tidur atau pajama selalunya berpotongan longgar untuk keselesaan tidur kita. Menurut kajian yang dibuat, adalah lebih bagus tidur tanpa mengenakan pakaian dalam yang biasanya ketat di badan.

Ini kerana pakaian yang ketat akan menekan saraf sehingga dapat menimbulkan pelbagai masalah seperti cirit birit, sembelit, pening dan gatal-gatal.

Ketika tidur, tubuh mengalami pembaikan & detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat.

Menurut kajian itu lagi wanita yang memakai pakaian dalam yang ketat ketika tidur akan mengalami gangguan pernafasan. Ia termasuk pakaian perlansingan badan yang semakin popular pada hari ini.

Menurut kajian itu lagi, payu dara atau pinggul ditekan sehingga 25 peratus dengan pakaian dalam yang ketat.

Baik lelaki mahupun wanita, elakkan dari memakai pakaian yang ketat ketika tidur dan juga bahan yang diperbuat dari polister keraba bahan itu itdak menyerap peluh yang keluar semasa tidur. Ini kerana, semasa tidur badan manusia juga masih mengeluarkan peluh toksin dalam badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA