Advertlets

PINK

snow

Isnin, 21 Januari 2013

ANTARA JENIS PEREMPUAN YANG PERLU DIELAK OLEH LELAKI

                              
                                                                             Gambar Hiasan

Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu.

Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan menggelak untuk berdamping dengan perempuantersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa macam ni.


Antaranya:


1. Perempuan manja


Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.


Mula mula, meraka akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.


2. Perempuan benci lelaki


Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.


Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.

Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata.


3. Perempuan berkarier


Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya tidak memerlukan lelaki.


Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan tidak bergantung kepada mereka.


4. Perempuan banyak cakap


Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.


Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh.



So, orang perempuan yang dalam usaha nak menangi hati lelaki, elak elakkan lah bersikap macam ni 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA