Advertlets

PINK

snow

Jumaat, 25 Januari 2013

Cinta Dan ‘Rebound’



              

Apa itu cinta? Adakah cinta itu sekadar rasa seronok bila ada orang yang telefon kita, sms kita, BBM kita, tweet kita hari-hari? Adakah cinta itu hanya rasa bahagia bila seseorang mengambil berat mengenai kita, menemani kita jika kita memerlukan dia atau teman yang memberi kata-kata manis dan sayang pada kita?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai cinta. Ada yang kata mereka hanya mengalami cinta monyet. Ada juga yang mengaku mereka tidak bercinta, Cuma sekadar teman tapi mesra. Ada juga antara kita yang menganggap cinta itu perkara yang serius. Jika telah menemui cinta, maka harus dan perlu ke peringkat yang seterusnya iaitu menghalalkan cinta.

Macam mana rasa cinta? Lain orang, lain cara. Tapi yang pasti rasa cinta itu buat kita bahagia, buat jantung berdebar-debar, buat kita rasa mahu saying semua orang, buat kita rasa gembira. Bak kata orang ‘makan tak kenyang, tapi mandi confirmlah basah’.

Tapi tak semua kisah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan walaupun masa mula-mula bercinta, kita rasa dialah yang pertama dan mahu jadikan dia yang terakhir. Dialah yang terutama dalam hidup sampai sanggup berkorban apa saja untuk dia atas nama cinta.

Bila sudah tiada sayang dalam hati, segala kebahagiaan yang dirasai itu hilang. Masa itu rasa hati itu remuk, rasa hati itu pecah. Orang kata ‘heartbroken’ . Tapi sebenarnya bukan hati sahaja yang rasa pecah, rasa macam seluruh badan rasa lemah, rasa seperti segala urat saraf nadi berhenti. Kadang-kadang kita mula menyalahkan diri kita kenapa kita jatuh cinta walaupun kita tahu cinta itu kadang-kadang menyakitkan. Mungkin hanya mahu merasai nikmat cinta seperti orang lain?

Ada orang yang bijak menyembunyikan rasa sedih dan masalah mereka. Tetapi sampai bila? Kadang-kadang bila kita rasa sedih, kita mula mahu mengisi kekosongan hati kita. Walaupun kita tahu kita tak perlukan ia. Kita mula mahu mencari pengganti walaupun kita tahu kita masih tak bersedia untuk berkongsi hati kita. Kita mencari ‘rebound’. Ikut definisi ‘kamus cinta’ saya, rebound itu bermaksud mencari pengganti dengan kadar segera untuk mengelakkan rasa sakit selepas putus cinta. Adakah sama maksud dalam kamus cinta kamu?

Bila seseorang itu dalam perhubungan ‘rebound’ kadang-kadang mereka akan banyak menghabiskan masa berfikir mengenai sebab mereka putus cinta, apa yang silap, apa kemungkinan ‘kalau’ dan banyak lagi persoalan yang mungkin tak ada jawapan. Dari segi moralnya, adakah rebound ini baik untuk kita dan pasangan? Dan yang paling penting, bagaimana kamu hendak pastikan yang kamu berada di dalam perhubungan ‘rebound’?


Jika anda baru saja putus cinta

  • Kenalpasti motif kamu. Adakah kamu mencari pengganti hanya untuk membuatkan pasangan kamu cemburu?
  • Adakah hubungan baru ini satu hubungan romantis, atau keselesaan yang kamu rasakan hanya sekadar sebagai kawan?
  • Adakah kamu dan pasangan beria sangat nak tunjuk keintiman kamu kepada umum?
  • Adakau kamu juga beria sangat nak cari perbezaan antara pasangan baru kamu dan bekas kekasih terdahulu?
  • Adakah kamu sering menyedapkan hati dengan mengatakan bagaimana pasangan baru kamu itu membuatkan kamu gembira, dari mengenali sepenuhnya siapa dia?
  • Adakah kamu sering teringatkan bekas kekasih kamu?

Jika kebanyakan jawapan kamu untuk soalan di atas adalah ya, maka kamu sedang membuat satu hubungan rebound.


Jika kamu khuatir kamu dalam hubungan rebound

  • Dengar kata hati kamu. Adakah hubungan ini terjalin begitu pantas? Masih adakah perkara penting tentang diri kamu yang pasangan kamu belum tahu?
  • Perhatikan jika pasangan kamu kerap membandingkan kamu dengan bekas kekasihnya
  • Perhatikan jika pasangan kamu seolah tidak sabar ingin memberitahu umum bahawa kamu berdua adalah pasangan kekasih
  • Adakah kamu tahu apakah hobi pasangan kamu di masa lapang? Satu petanda kurang bagus jika kamu tidak mengetahui apakah hobinya atau jika dia ada tanggungjawap lain selain dari pekerjaan hariannya

Cara yang terbaik untuk menangani masalah putus cinta ini bukanlah dengan membuat satu hubungan rebound semata-mata mahu menghilangkan kesunyian di dalam diri. Cuba pulihkan diri perlahan-lahan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Rasa jiwa memang sakit dan kacau. Rasa hati meronta-ronta ingin keluar dari kesedihan. Tetapi jangan paksa diri mengharungi jalan yang salah demi memenuhi kehendak nafsu jiwa sendiri. Tapi keputusan di tangan dan minda anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA