Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki



                                            

Merah melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai sexual energy yang tinggi.


Biasanya mereka yang pakai baju warna merah jambu dikatanakan lembut atau mat bunga. Tidak semestinya dan yang sebarnya lelaki tidak suka digelar seperti itu. Kalau pasangan anda memakai baju berwarna ini, mungkin dia mahu mencerminkan sifat dalamannya yang bagus, tenang dan kesihatan yang bagus ( pink of health). Tetapi, tidak bermakna semua yang pakai baju warna merah jambu macam itu!


                               
Hitam merupakan antara warna yang paling digemari dan popular dalam apa gaya sekalipun. Biasanya mereka yang suka memakai baju warna ini sukanya gaya yang elegen, mempunyai kuasa dan sokongan orang disekeliling. Warna hitam juga dikatakan kemas, simple dan versatile! Tetapi ada juga mengatakan bahawa mereka ini pentingkan diri sendiri dan tidak suka dikontrol oleh temannya.

                               

Putih bermaksud bersih, suci dan tidak tercemar (extremely clean appearance). Dengan syarat, pakaiannya tidak kotor dan sentiasa kemas. Ada juga mengatakan bahawa mereka yang gemar memakai baju berwarna putih mempunyai status social yang tinggu kerana ia nampak mahal. Mungkin kerana warna putih adalah warna yang sukar untuk dijaga.

                                                 

Warna biru menegaskan sikap pemakainya yang boleh dipercayai dan mudah mesra. Warna ini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya. Lelaki yang suka pakai warna ini, dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup buat apa saja untuk pasangannya!

                                                        

Warna kuning dikatakan dapat meransang visual dan pemikiran. Lelaki yang suka pakai warna ini dikatakan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan beliau.

                                                     

Warna hijau sangat tidak asing dengan maksud warnanya yang tenang dan relaks. Mereka yang suka akan warna ini tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak mengendalikan hal kewangan!

                                                         

Suatu masa dahulu, warna coklat dikaitkan dengan gaya yang tidak formal. Tetapi sekarang tidak lagi! Ianya sudah menjadi warna alternative untuk ke pejabat selain warna hitam, putih dan kelabu. Bagi lelaki yang gemar menngenakan warna ini dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suka cakap bear, matang, bertanggungjawab dan merendah diri.

                                                

Kelabu, A touch of class. Warna kelabu mudak di suaipadankan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijak dan tegas. Tapi, lelaki yang gemarkan warna ini dikatakan sukar dan amat perlahan dalam membuat keputusan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA