Advertlets

PINK

snow

Selasa, 15 Januari 2013

Black Ivory kopi dari najis gajah dijadikan minuman ? (4 GAMBAR)

Biar betul kopi tahi gajah bakal terokai pasaran ? Mungkin korang penah dengar perkara yang sama seperti ini seperti mana kopi lawak atau kopi tahi musang yang merupakan kopi termahal di dunia iaitu dihasilkan di Indonesia, durian termahal dari kotoran gajah dan juga teh termahal dari tahi panda.





Tapi terdapat satu keunikan di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory.Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory dihasilkan daripada tahi gajah. Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram. Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.









“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein.


“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.


Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand.
Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.


Sebaik sahaja gajah berkenaan diberi makan biji kopi, maka biji berkenaan akan dikutip semula selepas gajah itu membuang najisnya.


Kopi yang dikutip itu akan dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi dan dinamakan Black Ivory.


kini pelbagai teknik pelik supaya menjadikan sesuatu makanan tersebut lebih berkhasiat dengan menggunakkan hasil pencernaan haiwan. Meskipun makanan pelik tersebut lebih berkhasiat untuk kita ambil agak-agak korang mahu? Tapi bila dah sedap konfrm korang sebat jer kan dan lepastu bila tau yang sedap tu datang dari mana pasti korang nak termuntah..haha 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA