Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

Datin Dr Halina Selamat Lahirkan Bayi Kedua Angkasawan Malaysia Dato Dr Sheikh Muszaphar



                           
Isteri angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan puteri kedua mereka kelmarin, 19 Januari 2013, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ) pada pukul 753 malam. Kelahiran bayi yang awal 3 minggu dari tarikh jangkaan, sangat mengembirakan kedua pasangan ini.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh PA Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Wany Idris.


Dr Halina, seorang pakar anestesia di Hospital Selayang mendirikan rumah tangga dengan angkasawan negara pada 10 Oktober 2010 bersempena tarikh Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007, yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan doktor itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Sophea Isabella. Bayi seberat 3.6 kilogram dilahirkan pada 21 Julai 2011 melalui kaedah bersalin dalam air di Hospital Pantai Bangsar. Pasangan sama cantik sama padan ini mula berkenalan ketika Dr Halina menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan suaminya pada ketika itu adalah pensyarahnya. Perkahwinan mereka sebelum ini turut digelar Wedding of the Year 2010.

Semoga kelahiran puteri baru ini dapat menceriakan keluarga ini dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat. Buat Dr Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina tahniah lagi sekali diucapkan semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan terus memberi sinaran kebahagiaan buat kamu seisi keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA