Advertlets

PINK

snow

Jumaat, 25 Januari 2013

Banyak Kes Budak Dilarikan Ketika Enjin Kereta Hidup – Ibubapa Jangan Cuai



Kes budak dilarikan semasa mengisi minyak dan membeli barang di kedai banyak kali terjadi dan ibu bapa masih tak serik-serik. Anak ditinggalkan di dalam kereta dengan kenderaan tidak berkunci dan enjin hidup adalah satu situasi yang sangat cuai yang sering dilakukan ibubapa.

Baru-baru ini , sepasang suami isteri meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun dalam Mitsubishi Storm dengan enjin hidup di sebuah stesen minyak di Kijal, Kemaman mengundang padah apabila budak itu dan kenderaan tersebut dilarikan penyamun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semalam ketika mangsa yang sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut ditinggalkan oleh ibu bapanya yang masuk ke tandas.

Melihat kenderaan itu tidak dikunci dan enjin hidup memudahkan kerja seorang penjenayah yang terus masuk ke dalam kenderaan tersebut dan memandunya ke arah Dungun. Kejadian tersebut disedari ibu bapa mangsa yang berusia 37 dan 42 tahun apabila mereka melihat kenderaan itu bergerak. Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis. ebelum kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kijal menuju ke Chukai, Kemaman untuk urusan perniagaan sebelum singgah di stesen minyak berkenaan.

              

Sebelum ini pula kejadian sama berlaku di Kuching, Sarawak dimana seorang budak perempuan melalui detik mencemaskan selama 30 minit apabila dia dilarikan bersama kereta milik ibunya oleh sekumpulan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Matang di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 6.15 pagi, Cheyanne Michcal, 8, ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan Toyota Wish yang enjinnya dihidupkan tetapi berkunci selepas ibunya pergi ke tandas. 

Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Christinah Madan, 42, yang terkejut apabila mendapati kenderaan itu dan anaknya tiada selepas dia keluar dari tandas beberapa minit kemudian. Bagaimanapun, Cheyanne bernasib baik apabila dia ditemui oleh seorang penjual kuih di kawasan Pasar Raya E-Mart kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Balai Polis Gita. Ketika ditemui, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu sedang menangis meminta pertolongan orang awam.
Christinah yang juga seorang guru di SK St. John, Bau berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anaknya di dalam kenderaan kerana ketika itu mangsa tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA