Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

10 TANDA SI DIA SUKAKAN ANDA



                

Ada seorang lelaki ni, suka ajak saya berborak, tanya khabar di Twitter dan Facebook. Kadang-kadang tu sampai berjam-jam.. Tapi persoalannya, dia suka saya ke? Kalau pernah berjumpa dan keluar bersama, mungkin itu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang belum lagi ada peluang untuk bersua, susah semestinya timbul keraguan dan tanda tanya. Kalau nak bertanya, rasa segan pula. Terutamanya bagi wanita. Jadi berikut merupakan beberapa hint atau tanda yang boleh anda gunakan jika anda mahu tahu sama ada dia sukakan anda ataupun tidak.

1. Bila dia online di laman sosial, orang pertama yang di cari adalah anda. Kalau tak bercakap, atau berborak dengan anda dalam sehari, memang tak sah. Walaupun kadang-kadang perbualan kosong saja, yang pasti dia sentiasa mahu berbual dengan anda.

2. Selalu mencari topik supaya perbualan anda tidak tamat disitu saja. Bila dia dah suka berbual dengan anda, dia akan pastikan yang anda berdua sentiasa ada topik untuk berbual tak kisahlah hal apa pun.

3. Cuba lihat sama ada dia ada bertanya mengenai soalan peribadi mengenai anda. Jika ada, mungkin dia mahu mengenali anda dengan lebih dekat. Dan dia juga akan bercerita mengenai kisah hidupnya tanpa ditanya. Ha, ini pun boleh dijadikan tanda dia sukakan anda. Kira maknanya ada ‘chemistry’ di antara kamu berdua dan dia mempercayai anda. Tapi kalau soalan dia melampau tu, tak perlulah nak panjangkan hubungan tu. Tu ada makna lain lah tu.

4. Menjadi orang pertama yang ambil berat tentang kamu. Walaupun kamu tidak pernah bersua, dia tidak mengambil kesempatan dan jujur dengan kamu. Dan apabila dia membaca status yang bermasalah dari kamu, dia akan menjadi antara orang pertama yang bertanyakan masalah kamu dan menjadi pendengar setia kamu setidak-tidaknya.

5. Cari ‘tanda cinta’. Adakah dia selalu memuji kamu? Adakah dia selalu bagi kata-kata semangat pada kamu? Adakah dia selalu menunjukkan tanda yang dia berminat terhadap kamu contohnya bagi lagu ke, bagitahu yang dia selalu baca komen kamu di internet ke.. Jika ya, good news! Dia sukakan kamu.

                           

6. Sedih bila mengakhiri perbualan. Dia akan selalu berasa sedih tatkala kamu berdua terpaksa mengakhiri perbualan. Itu menunjukkan yang kamu telah mendapatkan perhatian di dalam hatinya. Maklumlah, terpaksa berpisah seketika dengan orang yang disukai, siapa tak sedih? Hehe!

7. Lihat reaksinya bila anda sudah lama tidak online atau menegurnya. Jika dia benar-benar sukakan anda, dia pasti tahu bila anda sudah lama tidak online atau menegurnya. Mungkin dia akan menghubungi rakan terdekat anda untuk bertanya khabar mengenai diri anda.

8. Selalu like dan komen mengenai gambar, status komen anda. Kalau dia betul sukakan anda, dia memang berada dalam senarai teratas orang yang akan ‘like’ gambar anda dan juga memberi pendapat di status/ruangan komen anda di internet. Betul kan? Seronok lah tu! :p

9. Dia akan mengajak anda berjumpa. Jika dia betul-betul ikhlas dalam perhubungan kamu, dia akan mengajak anda berjumpa secara face to face dan bukan saja berkawan di ruangan internet. Dari situlah baru anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hubungan ataupun tidak.

10. Hormati kamu dan sentiasa jaga batas pergaulan di internet. Apabila dia sukakan kamu, dia tidak akan sewenang-wenangnya flirting dengan orang lain di laman sosial kerana dia hormatkan kamu dan juga mahu menjaga hati kamu. Dia juga akan membataskan pergaulannya untuk menunjukkan yang dia benar-benar mahu perhubungan serius dengan kamu.

Sebagai peringatan bagi anda, sentiasa beringat dan berwaspada kerana tak semua orang jujur apabila berada di dunia siber ini. Kadang-kadang manusia ni di luar lain, di dalam internet lain. Walaupun begitu, kami ingin ucapkan semoga berjaya di dalam dunia percintaan anda! Dan mendapat manfaat daripada tips yang diberikan di atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA