Advertlets

PINK

snow

Rabu, 23 Januari 2013

Ditipu Cinta Cyber:Ingin Bertunang Walau Tak Pernah Bersua!




Cinta atas talian; ramai yang mengalaminya, ramai juga yang kecundang. Kami di Wanistapernah menulis tentang isu ini (KLIK) suatu ketika dahulu, sebagai salah satu usaha untuk menyedarkan pembaca sekalian bahawa cinta di atas talian ni banyak yang buruk dari baiknya.

Beberapa minggu lalu, Harian Metro pernah mengeluarkan berita tentang bakal tunang seorang gadis graduan universiti yang ghaib di hari pertunangan. Bukan ghaib diculik oleh orang bunian, mahupun diculik oleh orang jahat. Tetapi ghaib kerana tak muncul di hari pertunangan, sedangkan yang perempuan tidak pernah walau sekali bersua dengan lelaki tersebut.

                                 

Perkenalan seorang gadis berusia 25 tahun dengan seorang lelaki di laman maya yang diharap bertahan hingga ke jinjang pelamin, musnah apabila keluarganya diaibkan lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu apabila dia tidak tampil pada hari pertunangan mereka pada Mac lalu.

Gadis berkenaan yang dikenali dengan panggilan Haida berkata, keluarganya menanggung malu malah rugi lebih RM2,500 apabila ‘bakal tunangnya’ yang dikenali dengan panggilan Arif, 29 dari Kuala Terengganu itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Keluarga lelaki mendakwa anaknya tak dapat menghadiri majlis pertunangan kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya dan sedang dirawat di hospital di Kuantan, Pahang. Tapi malangnya, apabila keluarga Haida menziarahi Arif di hospital yang dikatakan, alangkah kecewanya hati mereka kerana tiada orang yang bernama Arif yang ditempatkan di situ. Haida turut mencari Arif di hospital-hospital yang lain, namun semua usaha itu gagal.

Bercerita tentang detik perkenalan Haida dan Arif, Haida berkata mengenali lelaki tersebut sekitar tahun 2007, melalui ruangan chat di sebuah stesen berbayar. Haida yang ketika itu masih belajar di universiti mengatakan, sepanjang tempoh perkenalan, mereka langsung tidak pernah berjumpa. Hanya berkomunikasi melalui laman web dan telefon.

Haida kemudiannya melanjutkan pelajaran berdekatan dengan tempat tinggal Arif, namun mereka masih gagal bersua muka. Ada saja alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut di saat-saat akhir. Namun Haida masih berharap. Kemuncaknya, apabila Arif menyatakan hasrat ingin mengikat tali pertunangan dengan gadis yang tidak pernah ditemuinya ini. Katanya, ibu Arif akan berjumpa keluarga Haida untuk meminang bagi pihak anaknya.

Terpedaya, Haida membuat persiapan pertunangan menelas kos hampir RM3,000. Setelah mendengar berita kemalangan yang menimpa Arif, majlis pertunangan ditukar kepada majlis doa selamat dengan harapan Arif cepat sembuh. Namun ternyata, harapan tinggal harapan kerana ternyata Arif tidak wujud.

Kami ingin menyedarkan pembaca Wanista, terutama golongan wanita untuk sentiasa berhati-hati apabila menerima sapaan cinta daripada lelaki di alam maya. Jika benar lelaki itu sukakan kamu, hampir tiada alasan baginya untuk tidak berjumpa kamu. Jika kali pertama temu janji tidak ditepati, nasihat kami, angkat kaki!

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA