Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

5 Jenis Maskara Dan Kegunaannya

                   

Maskara boleh membuatkan make up pada mata anda tampak lebih cantik dan sempurna. Maskara boleh didapati dalam pelbagai jenis warna dan fungsinya tersendiri. Maskara berwarna biasanya dipadankan dengan warna rambut atau bulu mata atau bersesuaian dengan imej yang anda inginkan. Mungkin ramai berfikir bahawa maskara hanya boleh didapati dalam bentuk cecair, namun terdapat pelbagai jenis maskara yang boleh didapati dengan fungsinya yang berbeza.

Berikut adalah lima jenis maskara serta kegunannya :

Powder Mascara

            

Powder maskara merupakan teknik lama yang digunakan oleh model dan juga pelakon pada masa dulu. Cara menggunakannya ialah dengan mencampurkan beberapa titik air ke serbuk itu dan sapukan serbuk maskara itu dari tepi hingga ke hujung. Maskara tersebut akan kering dengan segera dan bulu mata anda akan kelihatan seolah-olah seperti bulu mata palsu. Kaedah ini sangat berguna apabila anda berada dalam keadaan tergesa-gesa.

Cream Mascara


Maskara krim lebih sesuai digunakan untuk bulu mata yang lebih halus dan sikit. Jadi jika anda mempunyai bulu mata yang halus, maskara krim akan buat bulu mata anda kelihatan lebat dan panjang. Tetapi anda haruslah berhati-hati menggunakannya kerana krim maskara agak susah untuk dipakai dan mudah kotor.

Liquid Mascara

                              

Maskara ini merupakan maskara yang paling mudah didapati dan paling biasa digunakan oleh kaum wanita yang mempunyai bulu mata kerinting. Ia berfungsi untuk menajam dan melentikkan bulu mata yang kerinting. Selain itu, maskara ini boleh didapati dalam dua jenis iaitu kalis air dan tidak kalis air. Maskara kalis air berupaya untuk tahan lebih lama tetapi agak sukar untuk dibersihkan.

Glitter Mascara


Pengilat maskara boleh didapati dalam dua jenis iaitu cecair dan juga serbuk. Maskara ini harus diguna sebaik-baiknya. Ia hendaklah diratakan dengan sekata agar tidak bercampur. Maskara jenis ini sesuai digunakan untuk ke parti, kelab atau disko. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna yang berbeza.

Lash Defining Mascara

                 

Ini merupakan maskara ‘all-in-one’ yang dapat memberikan kelainan pada bulu mata anda agar kelihatan lebih tebal, panjang, melentik dan juga kalis air. Setiap mata yang memakainya akan kelihatan lebih menawan, segar, sempurna seperti yang semua wanita impikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA