Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

Generasi Digital : Wanita Mulakan Langkah Pertama Ikat Perhubungan..Kenapa Tidak?


           

Kita menggunakan internet sebagai tempat temujanji seperti di Facebook, Twitter dan teks, dan sesetengah orang akan mengatakan temu janji lebih mudah dibuat , dengan pelbagai teknologi yang secara literalnya dalam telapak tangan anda yang boleh membantu anda.

Itu juga telah menyebabkan langkah pertama temu janji untuk memulakan satu perhubungan dalam percintaan turut berubah kerana pada zaman sekarang ini, lelaki dan wanita dua-dua boleh memulakan langkah pertama. Kalau seperti zaman dahulu, apabila wanita yang memulakan langkah pertama untuk berkenalan, ianya adalah seperti perigi mencari timba dan satu perkara yang memalukan. Tetapi menurut kaji selidik baru, generasi digital untuk gadis pula menyatakan gadis zaman sekarang lebih pro-aktif dengan 79 peratus daripada gembira untuk memulakan hubungan, dan mengambil falsafah ‘mengapa harus menunggu?’
Mengapa harus menunggu? Just do it!

                                 

Sebenarnya, wanita juga digalakkan untuk memulakan langkah pertama bagi mengenali lebih mendalam lelaki. Contoh yang mudah ialah Saidatina Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri pertama Baginda Rasulullah SAW yang memulakan langkah pertama kerana tertarik dengan sifat Baginda yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi jangan pula memulakan langkah pertama perkenalan dengan tingkah laku yang pelik seperti terlebih gedik atau keterlaluan kerana itu boleh mengaibkan diri sendiri pula dan lelaki pula jangan pula fikir hilang sifat kelelakian apabila gadis memulakan langkah pertama. Tiada undang-undang tetap dalam berkawan atau bercinta. Asalkan masing-masing tahu apa matlamat yang diinginkan dalam perhubungan dan masing-masing menghormati antara satu sama lain.

Tips untuk wanita memulakan sesuatu perhubungan

Berani – Jadi diri sendiri dan jangan nampak terdesak. Untuk memulakan satu perhubungan memerlukan banyak keberanian untuk sesi ‘ice breaking’ supaya tidak nampak janggal. Jangan terlalu banyak bercakap mengenai diri anda, dan beri dia peluang untuk bercakap mengenai dirinya. Jangan terlalu banyak bertanya soalan peribadi semasa temujanji awal bersama dengannya. Bagi dia masa untuk lebih selesa dengan anda dan supaya dia memberi kepercayaan pada anda.

Yakin - Perkara yang paling seksi pada wanita bukan saja terletak pada pakaiannya, tetapi keyakinan yang ada pada dirinya. Lelaki akan menyukai anda jika anda mempunyai keberanian untuk mengetuai perbualan pertama dengannya . Mengapa? Kerana ia menyegarkan kerana anda seorang wanita yang lain dari yang lain. Lelaki suka cabaran apabila ia datang untuk sesi temu janji, tetapi mereka juga suka seorang wanita yang tidak takut untuk mencapai apa yang dimahukan.

Flirt/mengorat – Jangan merendahkan kuasa flirting seperti bermain mata, rambut atau senyuman manis pada si dia. Lelaki pun sebenarnya sukakan perhatian dan flirting dari wanita tau. Tetapi jangan terlalu agresif sebaliknya hanya bermain-main dan flirting secara ringan. Dengar perbualannya dengan baik dan berbual seperti biasa sambil memberi ‘hint’ pada sidia. 

Berterus-terang – Ramai wanita yang suka berkias-kias semasa berbual atau dalam perlakuan mereka dan berharap kaum Adam faham apa yang mereka mahukan. Tetapi tahukah anda lelaki sukar untuk memahami wanita? Lebih-lebih lagi sifat lelaki ini yang suka berterus terang dan malas untuk berkias-kias. Jadi beritahu saja apa yang anda mahu pada lelaki dan itu akan memudahkan dia membuat keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA