Pelekat Jam Besar
Ini bukan sebarang pelekat. Ini adalah jam yang betul. Sekiranya anda inginkan jam yang besar di dalam bilik atau rumah anda, tetapi anda hanya mempunyai ruang yang sangat terhad... Jangan bersedih dan kecewa. Anda hanya perlu menyediakan dinding sahaja.
Pelekat Tandas
Tampalkan pelekat ini di dalam tandas dan bilik mandi anda. Serta merta ia akan menjadikan tandas dan bilik mandi anda unik dan menarik serta pelik! Anda juga pasti akan semakin rajin mandi dan menggunakan tandas selepas itu.
Pelekat Garaj
Inginkan kelainan pada garaj rumah anda? Tampalkan pelekat 3D ini di depan pintu garaj. Pasti jiran-jiran anda akan cemburu melihat anda mampu mempunyai kapal terbang dan kereta kebal di dalam garaj anda.
Pelekat Anti-Pencuri
Anda risau kereta baru anda menarik perhatian pencuri? Tampalkan pelekat ini pada kereta baru kesayangan anda... kereta anda akan turun nilainya di mata pencuri. Tapi kenyataannya anda perlu bersyukur.
Pelekat Cermin
Amat bergaya bila si pelik menggunakannya sebagai salah satu dekorasi dalaman rumah.
Pelekat Lampu Chandelier
Siapa kata lampu chandelier itu mahal? Anda anda si pelik pasti mampu memilikinya walaupun hanya dengan sebuah lampu mentol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan