Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

Ayat Pujian Yang Orang Lelaki Suka Dengar


       

Anda tidak tahu bagaimana untuk mengambil hati kekasih hati anda? Anda selalu fikir bagaimana untuk memuji orang lelaki dengan menggunakan ayat yang betul. Berikut kami kongsikan 15 perkara yang orang lelaki suka dengar

1. “Kamu memang kelakar”

Lelaki suka apabila anda memberitahu mereka bagaimana mereka membuatkan anda ketawa, dan itu menunjukkan bahawa anda seronok dengan mereka.

2. “Awak memang memahami saya”

Lelaki suka apabila anda memberitahu yang mereka memahami anda. Seolah-olah anda mempunyai talian atau hubungan secara emosi dengan mereka dan itu membuatkan mereka berasa lebih selesa dengan anda.

3. “Saya suka cara anda memandu”

Lelaki suka berbangga tentang kenderaan mereka dan cara mereka mengendalikan kenderaan mereka. Sedikit pujian mengenai cara mereka memandu akan mengembirakan mereka. Tetapi kalau memandu secara berbahaya tu, mungkin anda perlu memberikan mereka sedikit peringatan atau nasihat.

4. “Saya kagum dengan awak. Awak dah capai begitu banyak dalam masa yang singkat. Tahniah!”

Beritahu dia yang anda suka mengenai apa sahaja yang dia telah dicapai, dan bahawa anda berbangga dengannya.

5. “Adakah awak workout/bersenam? Tubuh badan awak nampak tegap”

Kebanyakkan lelaki suka mendengar pujian sebegini.

6. “Awak mempunyai stail rambut yang menarik/kacak/hensem”

Lelaki sebenarnya banayk menghabiskan masa pada rambut mereka iaitu untuk mendandan dan menggayakan rambut mereka. Lelaki lebih terdedah kepada rambut botak, ini adalah salah satu cara yang pasti boleh membuat mereka berasa baik tentang diri mereka.

7. “Hebatnya awak/ Itu adalah satu pukulan hebat / Itu adalah prestasi yang hebat”

Jika dia bersukan atau memasuki pertandingan, jangan lupa sedikit kata ransangan dan pujian yang boleh menaikkan semangat mereka. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira dan lebih berusaha.

8. “Baju tu nampak sesuai dengan awak”

Bukan saja anda memuji tubuh badan mereka, tetapi sekali sekala puji pakaiannya. Jika anda merasakan pakaiannya tidak kena atau tak sesuai, jangan kritik secara negatif. Sebaiknya beri cadangan dan sedikit tips bagaimana dia boleh kelihatan lebih kacak dan bergaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA