Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

9 Tips Berpakaian Yang Membuatkan Anda Nampak Kurus!



1. Pilih pakaian dalam yang betul

Jangan yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Jangan pakai coli yang membuatkan dada anda nampak leper atau terlalu ketat hingga membuatkan anda tidak selesa. Pilih yang sesuai dengan tubuh anda dan yang boleh membuatkan susuk tubuh anda nampak menarik dan tidak jatuh atau saggy.

2. Stokin nylon

Banyak dress dan skirt yang sesuai dipakai dengan stokin nylon terutamanya yang berwarna hitam. Ada juga stokin nylon yang direka khas untuk menjadikan kaki lebih langsing dan menutup bahagian perut yang berlemak dan menjadikan perut kempis. Jika anda memakai stokin ini dengan dress, ia akan membuatkan bahagian perut tiada lapisan lemak!

3. Tshirt, kemeja, baju leher V ( V- neck )

Tahukah anda baju yang mempunyai leher bulat biasa akan membuatkan anda nampak lebih berisi berbanding dengan leher V atau V-neck. Jadi jika anda mahu kelihatan extra kurus, cuba kenakan baju atau kemeja dan dress yang mempunyai potongan V di bahagian leher.

                
4. Baju yang bersaiz sesuai

Baju yang terlalu kecil atau terlalu besar akan membuatkan badan anda nampak pelik dan pakai pakaian yang terlalu ketat tidak akan membuatkan anda nampak lebih kurus. Sebaiknya kenakan pakaian yang sesuai dengan tubuh anda dan dapat membuatkan anda selesa. 

5. Pakaian yang menonjolkan bahagian menarik tubuh anda ( bukan sekadar yang menjolok mata )

Anda perlu elakkan memakai tops atau jaket yang mempunyai potongan lurus atau tiada potongan kerana ia akan membuatkan anda nampak seperti ‘kotak bergerak’ dan lebih besar dari sepatutnya. Pilih pakaian yang ‘define your body shape‘ dan jangan segan memakai pakaian yang menonjolkan tubuh anda sekali sekala.

6. Pakaian dari material yang betul

Ada fabrik pakaian yang sukar untuk membuatkan tubuh nampak lebih langsing. Sebagai contoh, material spandex yang ketat tidak berapa sesuai jika anda mahu kelihatan ‘lean’ dan kurus. Sama juga dengan pakaian yang melekat pada badan, melainkan anda memang seorang yang kurus dan langsing. Jadi, gunakanmaterial berfabrik lembut seperti chiffon, kapas dan flowing fabrik.

                       
7. Pakaian berwarna gelap dan berpaten

Pakaian berwarna terang akan membuatkan anda nampak berisi. Jadi kekalkan warna pakaian yang gelap dan tidak terlalu terang. Cuba pakaian yang berwarna monokromatik dan dress/top yang mempunyai warna solid atau berpaten. Orang akan lebih memberi tumpuan pada pakaian anda berbanding ketinggian atau perut berlemak anda. Elakkan pakaian yang mempunyai garisan mendatar kerana akan membuatkan anda nampak gemuk dari biasa.



8. Pakai seluar straight cut / potongan lurus

Seluar skinny akan membuatkan mata tertumpu dibahagian peha dan kaki anda dan adalah tidak sesuai jika anda mempunyai sepasang kaki yang agak besar. Jadi kenakan seluar potongan lurus kerana anda akan nampak lebih langsing dan kurus. Kenakan seluar yang berwarna gelap atau jeans biru, gelap kerana jika anda mengenakan seluar berwarna terang atau berpaten, mata akan tertumpu pada kaki anda dan akan membuatkan anda tidak selesa jika semua mata memandang kaki anda!

                
9. Skirt A-line dan skirt paras lutut serta dress

Skirt A-line adalah yang terbaik untuk anda yang berbadan begini kerana ia akan menekankan bahagian lekukan/curve tubuh anda tanpa membuat ia kelihatan longgar ( saggy ) dan tidak menarik. Ini sebenarnya boleh membuatkan badan anda lebih seimbang dan mengelakkan kaki anda nampak besar. skirt panjang paras lutut adalah sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk badan yang gempal dan ia boleh membuat anda kelihatan lebih ramping serta lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA