Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

6 Tips Eratkan Hubungan Dengan Mertua

                         



Suatu hubungan cinta jika sudah melibatkan keluarga dari pasangan itu bererti sudah menunjukkan bahawa kalian serius dalam hubungan. Bukan hanya sekadar bercinta untuk mengisi kekosongan hati atau cinta monyet. Saat si dia mengajak kamu untuk bertemu dengan ibunya, itu merupakan tanda bahawa Beliau serius dengan hubungan cinta kalian. Namun yang menjadi persoalannya, adakah orang tua si dia terima dan juga suka dengan anda?

Tips berikut mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Kenali kepribadian ibu mertua

Satu hal yang perlu anda lakukan sebelum menjalin hubungan dengan orang lain ialah mengenali kepribadiannya. Begitu pun dengan ibu mertua, kenalilah kepribadiannya sehingga anda boleh menghadapinya tanpa harus terjadi kesalahpahaman. Mintalah pasangan untuk menceritakan serba sedikit tentang ibunya.

Bertolak ansur dengan suami

Jika anda tidak ingin mertua atau orang lain mencampuri urusan rumahtangga, biasakan untuk selalu sehaluan dengan suami. Tetapkanlah peraturan dalam aspek-aspek penting, seperti dalam mendidik anak, uruskan hal kewangan dan lain-lain. Mertua akan merasa senang hati melihat anda dan suami bersependapat dan saling bekerjasama.

Apa harapan ibu mertua anda?

Pada awalnya memang sukar bagi ibu mertua melepaskan anak kesayangannya pergi bersama suami. Mungkin hal itu yang membuat hubungan mertua dan menantu mempunyai hubungan yang baik. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan menunjukkan bahawa anda boleh menjadi yang terbaik bagi anaknya.

Ambil hati mertua anda

Cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan mertua anda. Mungkin dengan memberinya hadiah, ajak berbelanja bersama cucu-cucunya. Ada juga mertua yang suka melihat anda mengurus cucunya, baik dengan cara memasakkan, mengurus bayi tanpa babysitter dan lain-lain.

Lakukan kegiatan bersama

Mertua anda sering membebel hanya kerana masalah kecil? Mungkin salah satu penyebabnya ialah mereka kesepian. Sebagai seseorang yang sudah berusia, mertua anda mungkin akan merasa kesepian dan ingin diberi banyak perhatian. Ketika keperluannya tidak ditunaikan, beliau mungkin akan menunjukkan reaksi seperti merajuk, sedih, membebel dan sering menyalahkan orang lain. Atasi masalah ini dengan meluangkan masa bersama-sama mertua anda. Ajak mertua anda keluar mengambil angin pada siang atau petang hari atau lakukan aktiviti kegemarannya. Dan yang paling penting ialah anggaplah mertua anda sebagai orang tua anda sendiri.

Jadilah diri anda sendiri

Perkara yang terbaik dalam satu hubungan ialah kejujuran. Jadilah diri anda sendiri, tidak perlu takut. Tunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya dengan penuh rasa hormat kepada mertua anda. Ini mungkin bukan sesuatu yang mudah dilakukan tetapi anda haruslah yakin dan banyak bersabar. Sudah tentunya anda tak mahu terus berpura-pura depan mereka kan? Walau apa pun keputusan anda, pastikan anda fikir sehabis baik dan fikirkan akibatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA