Advertlets

PINK

snow

Sabtu, 2 Februari 2013

Bergaya Dengan Anting-Anting Mutiara



                            

Anting-anting merupakan satu aksesori pelengkap bagi wanita. Ia juga merupakan aksesori yang harus dimiliki oleh setiap wanita sama ada mereka berhijab ataupun tidak. Tidak semestinya wanita berhijab tidak boleh pakai anting-anting tetapi haruslah kena pada gaya dan tempat.

Anting-anting mutiara telah kembali dalam agenda fesyen musim panas. Selain daripada gred dan warna, terdapat juga corak yang menarik. Penggunaan warna dan corak yang betul adalah penting dalam melengkapkan gaya peribadi diri si pemakai.

Seperti yang kita tahu, mutiara adalah simbol yang melambangkan kemewahan. Ia juga boleh dipadankan dengan cincin, gelang dan rantai untuk melengkapkan gaya si pemakai.

Hasil kombinasi kemodenan dan kesederhanaan klasik menonjolkan keistimewaan anting-anting mutiara di mana si pemakai kelihatan menakjubkan dengan pelbagai rona warna yang ditawarkan.

















Warna putih klasik dan warna hitam berlian dimana iana sesuai untuk musim sejuk.

Reka bentuk yang hebat, cantik dan elegan menyerlahkan personaliti berani si pemakai dalam setiap penggayaan fesyen yang dipersembahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

linkwthin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertlet 3

nuffnang

.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI BLOG SAYA